Tahun ini merupakan tahun pertama rakyat Malaysia berpeluang untuk berpuasa bersama-sama keluarga. Jika sebelum ini kita berpuasa dan beraya dalam suasana PKP, pasti kali ini lebih meriah. Dapat berkumpul kembali setelah bertahun lamanya tidak merasai nikmat ini.
Lebih bahagia bila mana ini merupakan kali pertama puasa selepas dunia dilanda Covid untuk kita berbuka dan bersahur bersama mak ayah dan keluarga di kampung. Malah sejak minggu lepas, banyak kereta menuju ke luar dari arah Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan beberapa lagi bandar yang lain.
Selain pulang ke kampung, antara tempat yang sangat dirindukan sewaktu bulan puasa adalah bazar Ramadan. Dengan pelbagai aneka jenis hidangan yang sedap dan menggiurkan pastinya puasa tahun ini lebih bermakna.
Berkenaan dengan bazar ramadan ini, ada seorang wanita yang dikenali dengan nama naeldaily di aplikasi TikTok sempat berkongsi sebuah kisah berkenaan dengan pengalamannya ketika di bazar Ramadan yang lepas. Seperti kebiasaannya, kita pasti akan mengunjungi gerai atau kedai yang dikunjungi ramai orang.
Memandangkan kedai yang dikunjungi ramai orang menunjukkan makanan yang dijual sedap. Namun begitu, dalam banyak-banyak kedai pasti akan ada beberapa buah gerai yang lengang dan tiada langsung kelibat manusia yang kelihatan. Kerana itu, pasti timbul di benak fikiran kita mengapa dan kenapa.
Malah rasa simpati dan kasihan dalam hati akan muncul apabila melihat penjual gerai tersebut adalah warga emas yang sudah lanjut usia. Naeldaily juga turut menghadapi situasi yang sama, apabila dia ternampak Pakcik tua berniaga dengan meletakkan meja simple sahaja.
Namun apa yang dia perasan pada ketika itu adalah tiada orang yang membeli di kedai pakcik ini. Kerana rasa kasihan, wanita ini membeli makanan tersebut. Bukan satu tetapi lebih. Apabila tiba waktu berbuka puasa, wanita ini makan makanan tersebut dan rasanya yang tidak sedap itu telah mengecewakan dirinya.
Sekadar kesimpulan, mungkin kedai pakcik berkenaan tidak dikunjungi oleh pelanggan kerana makanan yang dijual adalah tidak enak. Kebiasaannya sifat pelanggan ini adalah apabila mereka membeli makanan tersebut satu kali namun rasanya tidak enak, pasti dia tidak akan membelinya lagi.
Sempat menjengah ke ruangan komen, pelbagai maklum balas dan reaksi dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada yang meninggalkan komen macam mana nak kesian dekat peniaga kalau mereka buat tak ikhlas. Kalau ikhlas mesti ramai yang datang. Dalam masa yang sama ada juga yang menulis, turut mengalami situasi yang sama.
Jadi suka untuk diingatkan agar para peniaga lebih ikhlas dalam berniaga. Pastikan makanan yang anda jual sudah anda merasainya terlebih dahulu dan berpuas hati dengan rasanya sebelum dijual kepada orang ramai. Bulan Ramadan merupakan bulan yang sepatutnya kita melakukan kebaikan namun jangan pula situasi atau kejadian sebegini membuatkan ramai dalam kalangan pelanggan tidak berpuas hati.
Kredit: naeldaily
Baca juga: Alami Kerugian Lebih RM200, Wanita Reda Terpaksa Buang 16Kg Lebih Ayam Gara-Gara..