Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Apa Hukum Minta Bantuan Makanan Dengan Angkat Bendera Putih? Ini Pandangan 4 Mufti

Apa Hukum Minta Bantuan Makanan Dengan Angkat Bendera Putih? Ini Pandangan 4 Mufti

Kategori: ,
kenyataan mufti

Sejak beberapa hari yang lepas memang heboh di media sosial mengenai kibar bendera putih di hadapan rumah sekiranya memerlukan bantuan makanan. Ia merupakan isyarat atau tanda untuk meminta bantuan sekiranya anda mengalami kesusahan.

Kempen mengibar bendera putih ini nampaknya berhasil membantu ramai orang. Malah ramai juga yang sudah berterima kasih mengadakan kempen yang sebegini. Sekurang-kurangnya ia memudahkan urusan orang yang memerlukan serta orang yang memberikan sumbangan.

Namun pastinya ramai yang tertanya-tanya apakah hukum mengibar bendera putih ini. Adakah ianya dibolehkan? Jawapannya, ia dibolehkan. Untuk lebih lanjut jom kita baca penjelasan daripada Mufti Wilayah Persekutuan, Mufti Perlis, Mufti Perak dan Mufti Pulau Pinang.

Kenyataan Mufti WP

Menurut Mufti WP, menerusi maklumat yang dikongsikan melalui laman web Mufti WP yang bertarikh 1 Julai 2021. Hukum mengibarkan bendera putih sebagai cara meminta bantuan ketika kesempitan bergantung kepada perspektif kita melihat tersebut.

Maksudnya jika perbuatan itu atas dasar membantu mereka yang memerlukan dengan cara memudahkan pihak yang ingin memberi bantuan dan juga memudahkan mereka untuk mengenal pasti pihak yang dalam kesusahan, ia boleh dilaksanakan.

Tambah Mufti WP lagi, jika kita lihat hal mengibarkan bendera putih ini sebagai mengaibkan diri sendiri maka wajar dielakkan. Mungkin kita boleh memohon sumbangan dengan cara lain seperti menghubungi nombor-nombor yang boleh dihubungi untuk memohon bantuan.

Kenyataan Mufti Perlis

Manakala menurut Mufti Perlis pula, hukum mengibarkan bendera atau meletakkan apa-apa tanda di hadapan rumah adalah bergantung kepada tujuan ia dilakukan.

Jika tujuannya untuk perkara yang salah di sisi syarak atau menyokong kejahatan, maka hukumnya haram.  Namun sekiranya tujuan tersebut adalah untuk kebaikan maka hukumnya adalah mengikut hukum kebaikan tersebut.

Kenyataan Mufti Pulau Pinang

Menurut Mufti Pulau Pinang pula, Sebelum ini Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor tidak bersetuju dengan tindakan mengibar bendera putih ini. Hal tersebut membuatkan orang ramai berasa tidak berpuas hati dengan penjelasan beliau.

Namun beliau menjelaskannya kembali salah faham yang berlaku, beliau tidak bersetuju adalah kerana ia didorong kebimbangan dimana hal tersebut boleh mengugat akidah Muslim.

Jelas beliau, perkara berkenaan boleh berlaku jika tindakan itu bermotifkan sikap berputus asa daripada rahmat Allah SWT dan tidak bersabar terhadap ujian. Tambah beliau lagi, nasib mereka yang susah ini sentiasa mendapat perhatian dan sedia dibantu dan dibela oleh pihak Kerajaan Persekutuan, Kerajaan-kerajaan negeri dan lain-lain agensi.

“Tidak terlintas sama sekali di hati saya niat untuk menghalang tindakan tersebut jika ia difikirkan boleh dijadikan satu cara berkesan untuk menyedarkan pihak berkuasa dan masyarakat awam serta memudahkan semua pihak menghulur bantuan kepada golongan yang memerlukan,” kata beliau pada satu kenyataan media 2 Julai yang lalu.

Kenyataan Mufti Perak

Menurut Mufti Perak pula, mengibarkan bendera putih bukan merupakan satu kesalahan kerana dianggap sebagai satu cara menambah keprihatinan dan saling membantu sesama rakyat. Dalam Islam juga diharuskan untuk memberi isyarat sekiranya keadaan terdesak atau memerlukan bantuan yang mana boleh mengancam jiwa,

Malah tindakan mengangkat bendera putih ini juga secara tidak langsung membantu pihak pemerintah dan komuniti setempat memastikan bantuan kepada mereka yang terdesak dan benar-benar memerlukan dengan kadar segera.

Kesimpulan

Hukum menaikkan bendera putih ini adalah dibenarkan. Tidak menjadi haram pun. Malah ia perkara yang diharuskan sekiranya diri terlalu terdesak dan mengancam jiwa serta nyawa.

 

Sumber : Laman Web Mufti WP, Laman Web Mufti Perak, Sinar Harian, Sinar Harian

tags: