Dalam kehidupan ini selain ibu, ayah juga merupakan antara insan yang paling tersayang. Kasih sayang ayah memang tidak ternilai walaupun kadang kala ada ayah yang tidak menunjukkan kasih sayangnya. Biasalah, segelintir lelaki memiliki sifat ego yang sangat tinggi.
Walaubagaimanapun, jauh di sudut hati mereka, mereka amat sayangkan anak-anak. Jika anak jatuh sakit, ayahlah orang yang paling risau walaupun tidak pernah diberitahu dan tunjukkan kerisauan tersebut. Si ayah sanggup melakukan apa sahaja demi anak-anak tanpa diketahui anak-anak.
Pengorbanan seorang insan yang bergelar bapa ini memang tinggi dan hebat. Sanggup berpanas, sanggup berpenat lelah demi memastikan perut anak-anak terisi. Oleh sebab itu, bagi yang masih lagi mempunyai ayah dan pada ketika ini mereka sudah lanjut usia, jagalah mereka sebaik mungkin.
Tatanglah mereka seperti mana mereka menatang kita bagai minyak yang penuh suatu ketika dahulu. Jangan apabila kita dah besar dan berjaya, kita sudah tidak menghiraukan mak dan ayah di kampung.
Lebih-lebih lagi apabila mereka kurang sihat atau sakit. Kalau boleh jagalah mereka semampu yang mungkin. Bergilir-gilir mengambil cuti, kerana kudrat mereka ketika tua sudah tidak sama sewaktu mereka muda. Kalau yang masih boleh berjalan, baguslah.
Kalau yang sudah tidak boleh berjalan? Manfaatkanlah masa yang ada untuk menjaga mereka. Tidak rugi sama sekali orang yang menjaga ibu bapa mereka tau. Malah ramai yang akan mendoakan anak yang sanggup dan rela menjaga ibu bapa ini.
Seperti mana yang berlaku kepada seorang wanita yang dikenali dengan nama AdahShariff ini, di mana ramai yang mendoakan dirinya selepas melihat kesungguhan dan keikhlasan Adah menjaga abahnya.
Malah Adah sanggup parking kereta sedekat yang mungkin agar dia boleh menyuap abahnya juga. Itulah yang dilakukan olehnya setiap kali makan di luar. Disebabkan kudrat perempuan tidak terlalu kuat untuk mengangkat abahnya, dia memilih untuk meletakkan kenderaannya paling hampir dengan meja makan.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat si ayah berada di dalam kereta manakala Adah pula berada di meja. Langsung tidak meninggalkan ayahnya. Menurutnya, tuan kedai juga turut mengizinkan dia melakukan hal tersebut.
@waddahshariff Kehidupan kami. Macam nilah dua beranak π
β¬ suara asli – π―πππ€πππππππ – Dil Faislaa
@anakhajishariffKehidupan kami. Macam nilah dua beranak π β¬ suara asli – π―πππ€πππππππ
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga TikTok yang menonton video berkenaan mendoakan kebaikan buat Adah dan mendoakan agar dimurahkan rezeki sentiasa.
Malah ada juga yang teruja melihat Adah menjaga abahnya dan mengatakan Adah ini seorang anak yang baik.
Didoakan semoga Adah terus dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan untuk menjaga sang ayah. Memang tidak dinafikan, orang yang sanggup menjaga mak ayah bakal mendapat ganjaran yang besar. Kalau tak di dunia, InshaAllah di akhirat kelak.
Sumber: TikTok AdahShariff
Baca juga: Nak Hilangkan Watermark Pada Cermin Kereta? Ikuti Cara Viral Di TikTok Ini!