Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Viral Pasangan Kekasih Makan Romantis Di Udara, Harga RM2089 Untuk Pengalaman Unik Selama 15 Minit

Viral Pasangan Kekasih Makan Romantis Di Udara, Harga RM2089 Untuk Pengalaman Unik Selama 15 Minit

Kategori:
makan romantis di udara

Jika di Malaysia terdapat Dinner In The Sky yang memberi pengalaman makan malam dalam ruang makan yang diangkat kren dan dilayan oleh chef antarabangsa sambil diulit suasana malam bandaraya KL, lain pula pengalaman ditawarkan di Brazil apabila ianya lebih ekstrim.

Viral Pasangan Kekasih Makan Romantis Di Udara, Harga RM2089 Untuk Pengalaman Unik Selama 15 Minit

Seperti video yang baru-baru ini tular di laman X, ia memaparkan pasangan dari Amerika iaitu Christianna Hurt bersama teman lelakinya yang merupakan penyayi rap ‘OnPointLikeOp’ sedang berkelah. makan romantis di udara

Ia menjadi bualan ramai apabila melihat mereka berkelah di udara di mana mereka duduk di atas kerusi yang tergantung sambil menikmati keindahan air terjun di Cascata da Sepultura.

Menerusi laporan, keseluruhan pengalaman yang unik itu berharga $450 (~RM2,089) untuk 15 minit sahaja. Harga tersebut sudah termasuk dengan gambar dan video dari dron.

“Ia hanya kira-kira 15 minit. Pengalaman lebih kepada pemandangan, bukan makanan,” kata Christianna yang merasai makan romantis di udara bersama kekasihnya.

Makan Dengan Ketinggian 89.91 Meter Di Air Terjunmakan romantis di udara

Pastinya pengalaman unik yang disediakan agensi pelancongan Brazil ini akan memberikan pelancong satu pengalaman bermakna kerana dapat merasai sesi perkelahan tergantung di atas Cascata da Sepultura, di Rio Grande do Sul.

Melihat kepada ruangan komen netizen, kebanyakan dari mereka agak takut dan gerun untuk mencuba pengalaman itu. Mungkin ia hanya untuk orang-orang yang betul berani dan tidak gayat dengan ketinggian. makan romantis di udara

https://x.com/Chocoolatee13/status/1691294877571600384?s=20

Kalau korang ada duit, korang nak try tak makan romantis di udara sebegini?

Sumber: Daily Mail UK

Baca juga: Kedai Muhibah Pelbagai Kaum – Tarikan Kedai Kopi Ah Meng Jadi Tumpuan, Dibuka Dari Tahun 1947 Lagi!

tags: | |