Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Pasar Muhibbah Tiada Pengunjung Ramai, Netizen Persoal Lokasi & Marketing Jadi Punca Utama Lengang

Pasar Muhibbah Tiada Pengunjung Ramai, Netizen Persoal Lokasi & Marketing Jadi Punca Utama Lengang

Kategori:
Pasar Muhibbah

Pasar merupakan salah satu tempat yang menjadi pilihan orang ramai untuk membeli barangan basah seperti ayam, ikan dan sayur-sayuran. Tetapi, sejak kebelakangan ini, orang ramai jarang berkunjung ke pasar atas faktor tertentu.

Terbaharu, Pasar Muhibbah di Setia Alam dilihat lengang kerana tiada kehadiran pengunjung yang ramai. Luahan yang dikongsikan oleh seorang wanita di Twitter melalui ciapannya pada 21 Ogos lalu mendapat perhatian netizen.

Pasar Muhibbah Tiada Pengunjung Ramai, Netizen Persoal Lokasi & Marketing Jadi Punca Utama Lengang

Pasar Muhibbah

Menurutnya, faktor seperti marketing tidak dilakukan dengan baik oleh pihak tertentu menjadi punca utama hal ini berlaku. Padahal, di sana banyak barangan basah dan mentah yang murah dan berbaloi untuk pelanggan membelinya.

“Warga Setia Alam, jom support Pasar Muhibbah. Kesian saya tengok peniaga macam ditindas. Entah apa marketing dia buat agaknya. So saya harap Orang Setia Alam boleh cuba datang dulu.

“Dekat sini ada je kedai runcit mini. Sayur murah-murah. Tadi saya beli bawang banyak. Terkejut dia cakap RM1.70. Siapa selalu beli bawang merah kecil tu selalu mungkin RM3 seplastik ladang tu ada lagi mahal. Bawang ada depan kedai runcit.

Tambahnya lagi, penjualan pada bahagian lauk agak sedikit muram dan lengang tetapi mungkin sudah bertambah memandangkan ciapan ini diciap pada 21 Ogos lalu.

Melihat kepada ruangan komen netizen di Twitter, orang ramai turut bersetuju bahawa faktor marketing dan lokasi merupakan penyumbang utama hal ini terjadi.

“Masalahnya banner reopening pun letak dekat sekitar pasar tu je. Yang lalu situ je lah tahu kewujudan pasar tu,,” kata netizen bernama Ammar.

“Pasar ni kalau orang tak perasan memang tak nampak. Even dia tepi jalan je so harap ada buat banner besar-besar ke apa. Jadi orang akan perasan,” kata netizenn lain bernama Zainab.

Untuk info, merujuk penduduk sekitar di situ, ada yang menyatakann bahawa pasar berkenaan baru dibuka semual bulan ini dan mungkin ramai yang belum tahu lagi akibat faktor yang disebut di atas.

Banner Jarang Nampak, Hanya Ada Di Lokasi Pasar

Pasar Muhibbah

Dengan itu, jom sama-sama sokong peniaga di sana terutamanya bagi warga yang duduk berdekatan lokasi Setia Alam seperti yang dinyatakan.

“Warga Meru dan Bukit Kapar boleh datang support peniaga-peniaga dekat pasar Muhibbah sekali. Tak perlu pergi sampai pasar borong Klang tu. Jauh. Buang masa,” kata seorang netizen bernama Amirul.

Rasanya, kerap kali sudah hal sebegini berlaku. Semoga ditambah baik dari segi marketing jika mana-mana pengurusan membuat pembukaan seperti ini. Semoga segalanya dipermudahkan untuk semua. Jom support penjual dekat Pasar Muhhibah okay!

Sumber: Kak Nurul

Baca juga: “Taknak Kahwin Lah..”, Bapa Ini Kongsi Jumlah Harga Beli Barangan Anak, Netizen Luah Rasa Gusar

tags: | |