Baru-baru ini heboh di media sosial berkenaan satu dakwaan yang mengatakan seorang pekerja di sebuah pasaraya di Banting memotong daging di tempat memotong daging ayam di premis berkenaan. Isu tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Namun pihak pengurusan pasaraya tersebut telah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara tersebut.
Isu tersebut tercetus selepas salah seorang pengguna facebook memuat naik status tentang apa yang berlaku dan meminta orang Muslim agar tidak membeli daging ayam di pasaraya tersebut. Susulan daripada isu yang viral itu, pihak pengurusan pasaraya telah memohon maaf atas kesilapan dari pihak mereka.
Jelas mereka lagi, segala peralatan yang digunakan telah digantikan dengan yang baharu dan daging ayam yang dijual ketika kejadian sudah pun dibuang. Bukan itu sahaja, mereka juga turut memanggil bilal masjid untuk membersihkan dan menyertu kawasan berkenaan. Difahamkan, pekerja pasar raya yang terlibat telah dibuang kerja serta-merta.