Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tip Makanan & Dapur » Ini Dia Pilihan Paste Tomyam Yang Paling Sedap, Bekas Memang Sama Tetapi Lain Jenama

Ini Dia Pilihan Paste Tomyam Yang Paling Sedap, Bekas Memang Sama Tetapi Lain Jenama

Kategori:

Pernah ke anda makan tomyam yang kaw yang dijual dikedai tu? Kebiasaan tomyam yang kaw ini banyak dijual di kedai makan Thai atau Siam. Anda tahu ke apa yang mereka gunakan untuk membuatkan tomyam itu sedap, kaw dan menyelerakan? Rupa-rupanya mereka menggunakan paste tomyam yang dalam botol tu.

Paste tomyam yang macam dalam gambar dekat atas tu memang banyak dijual di pasaran. Namun ianya mempunyai pelbagai jenama. Ada seorang wanita yang berkongsi pilhan paste tomyam yang betul dan akan membuatkan masakan tomyam anda menjadi sedap.

Ini Dia Pilihan Paste Tomyam Yang Paling Sedap, Bekas Memang Sama Tetapi Lain Jenama

1. PASTE TOMYAM JENAMA TULISAN THAILAND

Yang ini tahun lepas memang susah nak cari dekat Padang Besar. Diaorang susun bahagian dalam kedai. Sis cari 1 kedai ke 1 kedai dan ada 2 botol sahaja. Dia mahal sikit dari 2 jenama botol yang lain tu. Cara masak dia senang. Letak air, letak paste, letak segala isi-isi tomyam. Tak perlu nak letak garam gula serai bagai tu. Tapi kalau paste korang letak sikit, letak la semua bahan tu. Tapi sis masak tak letak pun, letak paste je banyak-banyak. Baru tomyam pekat memikat.

Berminat nak dapatkan paste tomyam jenama Thai ini? Anda boleh dapatkan di sini.

2. PASTE TOMYAM JENAMA NANG FAH

Perhatikan bulat kecil tu. Yang kedua sedap. Harga dia murah sikit dari tulisan Thai tadi. Cara masak pun sama. Letak semua tak payah adjust apa. Tapi korang try la letak susu cair dalam tomyam, sedap dan boleh kurangkan masam dia skit sebab kalau korang letak banyak paste dia jadi masam. Untuk yang tak berapa suka masam macam sis, boleh letak susu cair.

Berminat nak dapatkan paste tomyam Nang Fah ini? Anda boleh dapatkan di sini.

 

3. PASTE TOMYAM JENAMA PUM

Perhatikan yang bulat kecil tu. Yang ini kurang sedap. Dan banyak orang review masak-masak guna paste ni. Mungkin kat tempat diaorang ada jenama ni je kot. Yang Pum ni memang korang kena tambah bahan lain. Macam korang masak guna paste tomyam sebelum ini. Letak garam, gula, serai, lengkuas, bawang dan banyak lagi. Tulis resepi kat sini nanti panjang pula. Paste ini memang berlambak dekat Padang Besar. Harganya juga lebih murah jika dibandingkan dengan dua yang di atas tadi.

Berminat nak dapatkan paste tomyam jenama Pum ini? Anda boleh dapatkan di sini.

SEMOGA BERMANFAAT!

Kredit: Zatty Roslan

Baca Juga: Resepi Ayam Goreng Tomyam, Mudah & Sangat Sedap, Sekejap Je Dah Licin Satu Kuali!

 

 

 

tags: