Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Pekebun Putus Asa Tembikai Tak Terjual, Bagi Percuma Untuk Elak Tanaman Membusuk

Pekebun Putus Asa Tembikai Tak Terjual, Bagi Percuma Untuk Elak Tanaman Membusuk

Kategori:
tembikai percuma

“Sesiapa yang nak makan tembikai, datang ke kebun. Ambillah sebanyak mana yang mahu dan sedekah kepada jiran agar buah yang masak ranum ini tidak terbiar begitu saja,” kata Asri Yaakob, 50, pekebun tembikai di Kampung Besul, Jerantut.

Beri tembikai secara percuma adalah inisiatif terakhir

Beri tembikai secara percuma adalah inisiatif terakhir beberapa pekebun bagi mengelak hasil tanaman tidak dibiarkan busuk begitu saja.

Menurut Asri Yaakob, ramai pekebun yang berputus asa dan hanya membiarkan hasil tanaman membusuk.

“Kami menanam tembikai sejak awal tahun ini dengan sasaran dijual pada bulan puasa, namun kurang sambutan daripada pelanggan kerana ramai yang tidak keluar ke pasar Ramadan.

“Kali ini, tanaman tembikai cukup menjadi, mungkin kerana hujan sepanjang bulan tetapi tiada pasaran seperti tahun sebelumnya,” katanya.

Sumber gambar: Harian Metro

Dia berkata, kalau dulu hasil tembikai dapat digunakan untuk belanja persiapan raya seperti membeli baju anak dan lain-lainnya, namun kali ini agak suram. Tetapi kali ini hasil tembikai tidak lepas ke mana sebab tiada pasaran dan hanya dipasarkan di sekitar Jerantut saja.

Katanya lagi, kini kebanyakan pekebun hanya mengharapkan mereka dapat kembali modal yang dikeluarkan.

“Ada yang sudah dapat modal dan ada yang belum balik modal. Oleh sebab tiada pasaran, kebanyakan pekebun membiar saja buah tanpa dikutip,” katanya.

Terdapat lapan pekebun tembikai di Kampung Besul yang mengusahakan tanaman di kawasan seluas antara 0. 4 hingga 0.8 hektar seorang.

Katanya, walaupun ada beberapa pekebun masih menjalankan perniagaan kecil-kecilan namun peningkatan kes Covid-19 membuatkan mereka juga mengehadkan pergerakan. Menurutnya, setakat ini, terdapat kira-kira 20 tan tembikai masih dibiarkan di kebun.

“Walaupun kerugian, namun rata-rata pekebun berlapang dada dan mengharapkan ada pihak yang sudi mengambilnya agar tidak terbiar begitu saja.

“Kami nak beri percuma kepada yang datang ke kebun dan kalau nak bayar pun, bayarlah seberapa saja yang ikhlas,” katanya.

Sumber gambar: Harian Metro

tags: |