Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Tular Pekerja Auntie Anne’s Cium Tepung Uli Pretzel, Pekerja Itu Dipecat Serta Merta

Tular Pekerja Auntie Anne’s Cium Tepung Uli Pretzel, Pekerja Itu Dipecat Serta Merta

Kategori: ,
Auntie Anne's

Pemegang francais Auntie Anne’s di Malaysia telah memecat seorang pekerja cawangan pusat membeli belah, Midvalley selepas tular video dan foto dia membuat aksi bermain dan mencuim tepung uli untuk dijadikan pretzel.

Tular Pekerja Auntie Anne’s Cium Tepung Uli Pretzel, Pekerja Itu Dipecat Serta Merta

Menurutnya, pekerja terbabit telah diberhentikan serta-merta susulan insiden berkenaan yang telah mendapat perhatian warganet.

“Terima kasih kepada semua yang telah menunjukkan keprihatinan dan berkongsi insiden yang melibatkan Alice Chang baru-baru ini.

“Kami ingin menjelaskan bahawa Alice Chang sebelum ini bekerja dengan Auntie Anne’s Malaysia tetapi dia telah diberhentikan serta-merta berikutan insiden ini,” katanya dalam kenyataan yang dikongsi di media sosial. Auntie Anne's

Menurutnya, Auntie Anne’s Malaysia komited untuk mengikuti piawaian kebersihan dan keselamatan yang tinggi untuk pelanggan dan kakitangan.

Auntie Anne’s Komited Jaga Keselamatan & Kesihatan Pelanggan

Tambah beliau, rangkaian makanan berkenaan tidak membenarkan atau bertolak ansur dengan sebarang tindakan yang menjejaskan piawaian kebersihan yang ditetapkan.

Sebagai sebahagian daripada langkah proaktif cawangan Midvalley akan ditutup buat sementara waktu untuk pembasmian kuman dan pembersihan menyeluruh.

“Kedai akan dibuka semula setelah proses pembasmian kuman selesai dan semua protokol keselamatan yang diperlukan disahkan.

“Kami menghargai pemahaman dan kesabaran pelanggan kami yang dihargai pada masa ini. Yakinlah, keselamatan dan kesejahteraan anda sentiasa menjadi keutamaan kami,” katanya.

Auntie Anne's

Auntie Anne's

Rata-rata warganet yang berkongsi video dan foto pekerja terbabit menyifatkan perbuatan tersebut sebagai menjijikkan.

Auntie Anne’s ialah rangkaian kedai pretzel francais dari Amerika Syarikat yang diasaskan oleh Anne F. Beiler dan suaminya, Jonas, pada tahun 1988.

Rangkaian tersebut mempunyai lebih daripada 1,200 kedai di Malaysia di pelbagai lokasi termasuk di Midvalley di ibu negara.

Sumber: Malaysia Gazette

Baca juga: Ramai Yang Sanggup Bayar RM36 Cucur Udang Chef Wan Sebab Berbaloi, Menu Ini Tarik Perhatian Ramai

tags: