Dalam industri servis makanan, pemasaran (marketing) harus diberi perhatian yang penting. Ia sebagai faktor penguat bagi tarikan pelanggan.
Lebih-lebih lagi pada zaman yang penuh dengan pelbagai cara pemasaran yang memerlukan idea-idea baharu. Ia bagi mengekalkan perniagaan sentiasa relevan dalam kalangan pelanggan.
Seperti cara pemasaran sebuah restoran House Of Kambing yang selalu mendapat pujian ramai, mereka menggunakan cara nyanyian yang begitu menarik dengan lirik yang ‘catchy’.
Terbaharu, pekerja House Of Kambing menyanyikan dan memparodikan lagu yang hangat, Malam Pagi menjadi lagu tentang situasi mengambil pesanan dengan pelanggan.
Liriknya diubah dengan menggunakan melodi serta rentak lagu Malam Pagi itu seperti video di bawah.
Video tersebut tular dan meraih minat ramai untuk mendengarnya apabila mendapat tontonan sehingga 9.2 juta bersama 500 lebih tanda suka.
Antara faktor yang menyebabkan ia viral adalah mungkin kerana liriknya.
@hok.asia Replying to @EH@1243576 malam pagi versi restoran 🐏
@hok.asia Replying to @EH@1243576 ♬ original sound – HOUSE OF KAMBING
Meninjau ruangan komen, ramai yang mengatakan bahawa idea ini sangat bernas untuk mengetengahkan restoran House Of Kambing suapaya dikenali ramai. Ada juga yang suruh menaikkkan pekerja yang menyanyi ini kerana dia berjaya mencuri tumpuran ramai orang.
Jadi secara tidak langsung, ramai yang akan mengikuti akaun restoran dan mengenali dengan lebih dekat apa yang restoran ini tawarkan.
Mungkin peniaga di luar sana boleh mencari idea yang unik seperti ini untuk menarik pelanggan.
Sumber: House Of Kambing