Biasanya, jika kita pergi ke mana-mana kedai makan, salah satu faktor penarik untuk makan di sesebuah kedai tersebut adalah layanan yang diberikan. Jika layanan yang disediakan tertib dan ramah, pelanggan seperti rasa diundang untuk makan di kedai tersebut.
Senyum, mengucapkan terima kasih sesama adalah antara layanan yang bagus daripada kedai. Ia bukanlah satu hal yang mudah kerana kita juga perlu faham sesetengah pekerja mungkin sudah keletihan kerana bekerja.
Hal ini boleh dilihat dalam satu video yang dikongsikan semalam oleh seorang pengguna TikTok nurilanwarsaidin. Dia berkongsi pengalamannya dilayan oleh pekerja sebuah kedai makan dengan teknik dan cara yang unik.
Menerusi video perkongsian terbabit, dia telah berkunjung ke sebuah kedai makan di Pendang, Kedah. Difahamkan kedai tersebut adalah kedai Arab Kitchen Pendang yang menyajikan makanan shell out sebagai salah satu menu hidangan.
Apa yang menarik perhatian, seorang pekerja kedai makan menghantar makanan pelanggan ke meja dengan cara berlari. Pelanggan yang berada di kedai terbabit kelihatan terpegun dan terpukau.
Jika situasi biasa, kita melihat pekerja menghantar makanan dengan cara berjalan sahaja kan? Tetapi pekerja lelaki yang ditunjukkan dalam video tersebut berlari dengan kelajuan luar biasa tanpa menumpahkan makanan tersebut.
Melihat ruangan komen, rata-rata netizen juga turut terpukau. Ramai juga yang memberi pujian kepada pekerja lelaki terbabit kerana ikhlas melakukan kerjanya.
@nurilanwarsaidin Mana mau cari ini macam 💯 #arabkitchen #arabkitchenpendang #fypシ #fyp
@nurilanwarsaidin Mana mau cari ini macam 💯 #arabkitchen #arabkitchenpendang #fypシ #fyp ♬ original sound – masterg530
Mengambil salah satu komen netizen, Farid Ramli memuji kesungguhan pekerja lelaki berkenaan dalam menyempurnakan tugas dalam mencari rezeki.
“Halal gaji dia, bekerja dengan ikhlas,” katanya.
Selain itu, netizen lain juga tertarik sehingga mahu mencuba untuk pergi ke kedai terbabit demi merasai sendiri layanan yang diberi.
“Cara dia buat orang ketawa, tiba tiba teringin nak pergi. Ini cara dia untuk tarikan pelanggan mungkin,” komen Syamsuddhuha selepas menonton video pekerja kedai makanan terbabit.
Memang satu aksi yang unik kan melihat cara layanan pekerja kedai makan yang ni? Sebab, bukan semua orang mampu buat macam tu. Semoga pekerja tu dimurahkan rezeki dia sebab menjadi penarik untuk orang ramai makan dekat situ.
Sumber: nurilanwarsaidin
Baca juga: Hidangan Nasi Bujang Menu Paling Laris Dipesan Pelanggan, Bukti Ramai Sedang Bergelut, Kata Peniaga