Dalam kehidupan, lakukanlah kebaikan walau di mana sahaja kita berada. Hal itu mampu menyelamatkan banyak nyawa yang sedang terkapai-kapai. Sekecil-kecil pertolongan adalah berharga kepada orang ramai.
Seperti sebuah video yang tular di laman Twitter semalam, seorang pelajar lelaki sedang menyuap kawannya yang lain di kantin sekolah. Kawannya bersifat orang kurang upaya (OKU) dengan cacat tangan dan tidak boleh memegang makanan yang ingin dimakannya.
Melalui video berkenaan, pelajar lelaki itu setia memegang makanan Corn Dog dan kawannya makan dengan selera sambil mereka sedang berbual-bual. Entah apa yang dibualkan, mereka nampak gembira dalam persahabatan yang lahir dari keikhlasan itu.
“Mulianya hati awak dik. Terharu tengok awak bantu mudahkan kawan awak nak makan tu. Sangat istimewa,” kata pemuatnaik video bantu suap makanan kawan OKU dengan nama Ric.
https://twitter.com/ric_callmeric/status/1633453368491532288?s=20
Melihat ruangan komen, ramai yang turut terharu dan sebak melihat persahabatan yang ikhlas itu. Dengan itu, netizen ramai-ramai mendoakan kesejahteraan mereka agar mereka berjaya dan mengekalkan persahabatan tersebut.
“Alahai, moga berjaya dunia akhirat ya anak-anak..”, komen seorang pengguna Twitter lain dengan nama Mas menerusi video bantu suap makanan kawan OKU tersebut.
“Pure soul… semoga persahabatan mereka kekal sampai bila-bila,” kata netizen lain.
“Sayunya hati tengok,” kata Solehin.
Melihat video pelajar lelaki bantu suap makanan kawan OKU ini, Min tersentuh hati sangat. Benarlah, kemanusiaan melebih segala-galanya. Dengan kemanusiaan dan kebaikan, kita mampu hidup dengan aman damai.
Semoga persahabatan mereka kekal dan berjaya di dunia serta akhirat.
Sumber: ric