Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Penyanyi Terkenal Raisa Dari Indonesia Tidak Setuju Dakwaan Nasi Kandar ‘Berpasir’, Titip Pesan Untuk Raikan Budaya & Makanan Malaysia-Indonesia Bersama

Penyanyi Terkenal Raisa Dari Indonesia Tidak Setuju Dakwaan Nasi Kandar ‘Berpasir’, Titip Pesan Untuk Raikan Budaya & Makanan Malaysia-Indonesia Bersama

Kategori: ,
nasi kandar berpasir

Memetik Kosmo, penyanyi popular Indonesia iaitu Raisa Andriana tidak bersetuju dengan kenyataan MasterChef Indonesia musim kelima, Stefani Harison yang mendakwa tekstur makanan itu agak berpasir.

Menurut Raisa,  dia menyarankan peminat mengunjungi tempat makan yang betul untuk menikmati rasa sebenar hidangan popular Malaysia itu.

Penyanyi Terkenal Raisa Dari Indonesia Tidak Setuju Dakwaan Nasi Kandar ‘Berpasir’, Titip Pesan Untuk Raikan Budaya & Makanan Malaysia-Indonesia Bersama

nasi kandar berpasir

“Mungkin ketika ke Kuala Lumpur, individu yang mendakwa nasi kandar berpasir itu telah datang ke tempat yang salah.

“Saya kalau ke Malaysia mesti cari nasi kandar dahulu, makan pun mesti pakai tangan, jangan guna sudu dan garfu itu tidak ‘afdal’.

Makanan Lokal Malaysia Wajib Dicuba – Raisa

nasi kandar berpasir

“Menurut saya nasi kandar adalah makanan lokal yang wajib dicuba dan sangat enak. Saya tidak bersetuju dengan kenyataan makanan itu kononnya nasi kandar berpasir,” katanya kepada Kosmo! Online semasa sidang media konsert Raisa Teristimewa di ibu kota.

Hentikan Pertelingkahan Rakyat Indonesia & Malaysia Dalam Media Sosial

Dalam pada itu, Raisa juga menitipkan nasihat kepada masyarakat Indonesia dan Malaysia agar menghentikan budaya pertelingkahan dalam media sosial.

“Janganlah kita melaga-lagakan antara satu satu sama lain. Ada banyak sangat hal positif yang boleh kita raikan bersama.

“Banyak lagi perkara lain yang memerlukan perhatian dan tenaga. Lebih baik kita salurkan semuanya ke sana,” jelasnya dalam isu hangat tentang kenyataan nasi kandar berpasir di Malaysia berkenaan.

Untuk rekod nama MasterChef Indonesia Musim Ke-5 menjadi bualan hangat di media sosial apabila tular klip video yang dia mendakwa bahawa nasi kandar di Malaysia rasa berpasir.

Sumber: Harian Metro

Baca juga: Anak Nak Makan Makanan Luar Je, Ibu Ini Gigih Masak Dan Bungkus Macam Kedai Demi Anak

tags: | |