Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Tak Sia-Sia Kau Tengok Cerita Korea” – Pelancong Korea Ingin Beli Durian Tapi Tak Faham, Wanita Penggemar KDrama Selamatkan Keadaan

“Tak Sia-Sia Kau Tengok Cerita Korea” – Pelancong Korea Ingin Beli Durian Tapi Tak Faham, Wanita Penggemar KDrama Selamatkan Keadaan

Kategori:

Malaysia ini banyak tempat yang menarik untuk menjadi tempat tumpuan pelancong-pelancong datang ke sini. Pelbagai keunikan yang ada dengan budaya Malaysia, berbilang kaum, kaya dengan hasil bumi dan banyak lagi. Jadi, wajarlah pelancong-pelancong ini suka datang ke Malaysia.

Seorang pelancong Korea ini berkunjung ke Malaysia dan cuba untuk membeli durian dengan penjual ini. Namun, peniaga lelaki ini tidak memahami Bahasa Inggeris dan menyebabkan sukar perbualan mereka, tapi ada seorang wanita selamatkan keadaan.

“Tak Sia-Sia Kau Tengok Cerita Korea” – Pelancong Korea Ingin Beli Durian Tapi Tak Faham, Wanita Penggemar KDrama Selamatkan Keadaan

Perkongsian ini dikongsikan oleh anisrohaizad di laman media sosial TikTok beliau dan beliau menunjukkan cara beliau fasih bercakap Bahasa Korea hanya belajar dari Kdrama sahaja.

Terus pelancong Korea itu teruja dan hanya bertanya kepadanya sahaja tentang durian yang dijual kedai itu. Terus tergamam pak cik yang berada di tengah mereka.

Korea

Apa yang lagi teruja adalah cara beliau belajar bercakap Korea ini hanya menonton Kdrama sahaja dan menjadi fasih. Siap boleh bercakap lagi dengan orang Korea sebenar.

Bagus juga apabila fasih bahasa asing ini, lagi suka mereka untuk datang ke Malaysia dan dapat majukan negara dari segi sektor pelancongan.

Korea

Tergamam pak cik melihat mereka bercakap dan mungkin beliau juga mahu menyelit. Namun, risau lain pula jadinya apabila menyampuk mereka. Jadi, beliau hanya tersenyum sahaja dan mengangguk.

@anisrohaizad Makcik jadi translator kat kedai durian 🥲 #koreandramalover ♬ original sound – Anis 🫶🏻

Aku Perhati Je Pak Cik Tu, Terkesima Dia

Meninjau di ruangan komen, netizen tiba-tiba tertumpu kepada Pak Cik itu dan memberitahu bahawa terhibur pula melihat reaksinya.

Korea Korea Korea Korea

Semoga ramai lagi rakyat Malaysia yang mempunyai ‘talent’ seperti wanita ini dapat membantu pelancong yang datang ke Malaysia untuk lagi mudah mereka berkomunikasi. Supaya mereka lebih seronok untuk singgah ke Negara kita.

Kredit: anisrohaizad

Baca Juga: Datuk Aliff Syukri Jual Durian Terima Pujian Ramai, Jual RM5 Sekilo Sebab Tak Kaut Untung, Lebih Nakkan Kepuasan Kongsi Rezeki

tags: | | |