Baru-baru ini, timbul isu yang mencetuskan debat antara netizen di mana rider makanan seperti Foodpanda atau GrabFood harus menghantar pesanan sampai hadapan pintu rumah jika pelanggan memesan makanan dari rumah kondo atau apartment, misalnya.
Akibat isu itu, ramai netizen juga tururt menyuarakan pendapat masing-masing. Ada yang kata rider harus menghantar makanan sampai ke depan rumah kerana ia termaktub dalam standard operation procedure (SOP) daripada Foodpanda sendiri.
Malah, ada yang mengatakan gaji rider hanya dibayar berdasarkan jarak sahaja. Ia bemaksud jarak restoran ke lokasi sahaja, bukan sampai tepaksa naik ke rumah pelanggan masing-masing (jika pelanggan tinggal di rumah tinggi).
Berbeza dengan seorang peniaga roti canai yang dikenali sebagai peniaga Murtabak Singapore Daniel Shukor, dia berkongsi bagaimana dia memudahkan rider Foodpanda sekaligus dirinya sendiri dengan mengambil pesanan yang dipesan menggunakan tali dari tingkat atas rumahnya.
Menerusi video berkenaan, dia menyuruh supaya rider Foodpanda berkenaan memasukkan makanan ke dalam bag yang diturunkannya dengan tali selepas mengesahkan bahawa makanan itu adalah makanannya.
“Bang, masuk dalam boleh bang, saya turunkan bag, masukkan dalam bag. Sorry ya bang, saua harini rasa malas nak turun. Kejap bang eh,” katanya dalam video pelanggan ambil makanan Foodpanda guna tali.
Dalam masa yang sama, di dalam video itu juga menunjukkan dia sedang berinteraksi dengan penontonnya di TikTok. Dia seolah-olah menceritakan kejadian itu dengan penonton menerusi laman TikToknya.
“Tengah buat tebar ni, abang Foodpanda datang gais. Saya order makanan. Baru balik dari kampung. Barai. Malas nak masak,”ceritanya lagi.
Apa yang menarik, rider Foodpanda berkenaan melayan sahaja karenah lelaki itu dan membawakan dialog seperti cerita P Ramlee ketika memasukkan makanan ke dalam beg dan menariknya dengan tali dari atas.
“Lapopor, watakungsi…”, begitu seakannya.
@msdrbydanielshukor Replying to @capricorn_zzzz Semua ku talikan je dari atas.
♬ original sound – Murtabak Singapore dari rumah – Murtabak Singapore dari rumah
@msdrbydanielshukor Replying to @capricorn_zzzz ♬ original sound – Murtabak Singapore dari rumah
Melihat ruangan komen netizen, ramai yang terhibur dengan kisah yang dikongsikan itu. Ramai juga yang menyatakan bahawa itu adalah idea bagus bagi pelanggan yang duduk rumah tinggi dan tidak mahu turun mengambil makanan dari rider. Jadi, kedua-dua pihak dimudahkan urusan.
“Power, abang Foodpanda peramah betul. Layankan aja,” kata netizen bernama Iburafiq.
“P Ramlee dah lama rancang dah. Kita sahaj ayang lalai. Steady lah abang,” komen Naza.
“Kalau la macamni cara, mudahkan kerja kedua pihak. Moga dipermudahkan urusan keduanya,” kata netizen lain.
Kreatif juga kan cara ambil makanan Foodpanda guna tali ni. Boleh lah buat kalau sesuai dengan keadaan. Kalau benda boleh senang, buat apa susahkan, kan?
Sumber: Msdrbydanielshukor
Baca juga: Lelaki Eropah Ini Jelajah Dunia Untuk Cuba Semua Francais KFC, Akui KFC Malaysia Paling Sedap