Dunia sekarang terlalu banyak dugaan hidup yang terpaksa ditempuh. Pelbagai kerenah orang yang terpaksa dihadap. Belum termasuk lagi kerenah pelanggan jika korang merupakan seorang peniaga. Pelanggan yang mempunyai pelbagai ragam ini pastinya sangat menguji kesabaran kita. Antara pelanggan yang lebih sensitif adalah apabila kita menjalankan perniagaan makanan.
Ada yang mahu bahan lebih, ada yang mahu bahan kurang dan ada juga yang cuba berbohong sudah melakukan pembayaran namun sebenarnya tidak. Malah lebih teruk lagi adalah apabila ada pelanggan yang langsung tidak membayar pesanan tersebut.
Seperti mana yang dikongsikan oleh Nami K Food menerusi aplikasi TikTok, berkenaan dengan sikap pelanggannya yang tidak membayar makanan yang dibeli. Pada mulanya pelanggan tersebut membuat pesanan makanan dan runner telah pun menghantar makanan tersebut. Namun 24 jam menunggu, namun masih tiada sebarang jawapan dari pihak pelanggan tersebut walaupun makanan tersebut sudah diterima.
Menerusi perbualan pihak peniaga ini dengan pelanggan berkenaan dapat dilihat harga makanan yang dibeli adalah berjumlah RM56 ringgit. Kelihatan juga panggilan yang dibuat oleh pihak Namik K Food ini tidak berjawab. Walaupun sudah ditanya beberapa kali berkenaan dengan bayaran tersebut namun pelanggan tersebut hanya mendiamkan diri sahaja.
Pastinya peniaga ini sangat bersedih dengan situasi tersebut. Malah dia mengakui silapnya kerana tidak meminta pelanggan membuat pembayaran terlebih dahulu. Lebih-lebih lagi dalam tempoh 3 bulan dia mengalami kerugian sebanyak RM140 kerana pelanggan yang bersikap sedemikian rupa.
https://www.tiktok.com/@namikfood/video/7069953971409931546?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7052514222143800833
@namikfood Betul, memang silap tak Terima bayaran dulu. 3 orang dah camni dalam tempoh 3 bulan. Total loss rm140 so far 😭 #lessonlearnt #customer #business ♬ Allah Allah Aghisna – Veve Zulfikar
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai komen dan reaksi dari warga TikTok. Namun rata-rata seolah-olah tidak berpuas hati dengan sikap pelanggan berkenaan. Ada juga yang menulis, sanggup pelanggan tersebut tidak membayarnya padahal ianya nak makan.
Tidak kurang juga ada yang sempat meninggalkan pesanan berkenaan dengan bab makanan. Satu perkara yang tidak boleh dibuat main memandangkan ia akan menjadi darah daging kita.
Ada juga warganet yang mempersoalkan mampu checkin di hotel perdana namun tidak mampu untuk membayarnya. Dalam masa yang sama ada juga yang menyatakan RM140 itu banyak baginya.
Buat korang di luar sana, janganlah bersikap seperti ini. Makanan yang kita makan itu akan menjadi darah daging kita. Bab halal dan haram ini sangat perlu dititik beratkan. Semoga pelanggan tersebut terbuka hati untuk membayarnya.
Kredit: TikTok Nami K Food