Kebiasaannya, jika kita berkunjung ke mana-mana kedai makanan ataupun restoran, sesetengah kedai ada yang sudah tertulis tentang waktu operasi kedai. Ini untuk memudahkan pelanggan mengetahui pukul berapakah kedai akan ditutup untuk mengambil pesanan terakhir.
Menyebut berkenaan perkara ini, satu hantaran telah tular di Twitter oleh Mohammad Faeez Harith tentang pengalamannya di salah sebuah restoran terkenal Malaysia.
“Macam ini ke layan pelanggan, makanan tak sampai lagi dah angkat kerusi.”
Demikian luahan seorang pelanggan mempersoalkan tindakan sebuah restoran dipercayai berlaku di Kuantan, Pahang.
Menerusi perkongsian beberapa gambar di laman Twitter Mohammad Faeez Harith, dia menjelaskan bahawa kejadian tersebut berlaku sebelum waktu tamat operasi restoran berkenaan iaitu pukul 10 malam.
“Kejadian berlaku pada pukul 9.18 malam, pelanggan lain ada yang masih tunggu makanan.
“Belum sampai makanan dah tarik ‘roller shutter’ (pengatup). Betul-betul nak balik tepat pukul 10 malam gayanya,” keluhnya dalam ciapan itu.
Tambahnya lagi, ketika kerusi disusun ke atas meja, dia dan pelanggan lain masih sedang makan dan menikmati hidangan.
“Aku tengah mencekik. Pelanggan lain pun ada yang tengah tunggu makanan. Kerusi dan naik atas meja wo. Betul nak balik tepat pukul 10.” tambahnya dalam bebenang ciapan itu.
Tulis tutup pukul 10.
Makanan pun belum sampai.
Dia dah tarik 'roller shutter'.
Betul-betul nak balik rumah pukul 10 gayanya. pic.twitter.com/6Y95NtEwpQ
— Mohammad Faeez Harith (@H_Bakkaniy) July 1, 2022
Meninjau ruangan komen, ada netizen yang tidak bersependapat dengan kenyataan lelaki berkenaan, dan ada juga yang menyokongnya.
Mengambil salah seorang komen netizen, Onigiridew berkata, penat lelah pekerja yang bekerja dalam bidang F&B tidak akan diketahui seseorang yang belum pernah terjun ke dalam bidang berkenaan.
“Sebagai bekas pekerja F&B, you people take shit for granted, penat lelah pekerja F&B korang mana tahu nak kemas store nak kira sale bagai,” jelasnya di ruang komen mengulas isu pelanggan bengang berkenaan.
Selain itu, netizen lain seperti lovelykoohs berkata, jika kedai memang tutup tepat pada pukul 10, kenapa masih ambil order? Mereka sepatutnya meletakkan satu notis tentang waktu pesananan akhir atau last order berkenaan.
“Kalau dah tahu nak tutup sharp2, kenapa masih ambil order? Patut dah boleh letak notice last order pukul sekian-sekian.” luahnya.
Kesimpulannya melalui kisah pelanggan bengang serta tenaga kerja dalam industri F&B, kebanyakan daripada mereka memang tiada tenaga kerja yang mencukupi. Diharap semoga pekerja F&B dibela nasibnya dari segi tenaga dan kenaikan gaji, lebih-lebih lagi untuk restoran besar.
Ia untuk kebaikan pelanggan dan pekerja sendiri juga.
Sumber: Mohammad Faeez Harith