Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Tular & Hangat » Pelanggan Kesal Dikenakan RM10 Untuk Secawan Air & RM20 Untuk Bihun Sup Di Bazar Jalan TAR, Harga Itu Cetus Perdebatan Ramai

Pelanggan Kesal Dikenakan RM10 Untuk Secawan Air & RM20 Untuk Bihun Sup Di Bazar Jalan TAR, Harga Itu Cetus Perdebatan Ramai

Kategori: ,
Bazar Jalan TAR

Bazar Ramadan sering menjadi tumpuan orang ramai untuk menikmati pelbagai juadah berbuka puasa dengan harga yang berpatutan. Namun, ada segelintir peniaga yang didakwa mengambil kesempatan dengan meletakkan harga yang tidak munasabah, mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan pelanggan.

Seorang wanita, MokWe, meluahkan rasa terkejut di TikTok selepas dikenakan caj RM10 bagi secawan (plastik) air minuman di Bazar Raya, Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR).

Pelanggan Kesal Dikenakan RM10 Untuk Secawan Air & RM20 Untuk Bihun Sup Di Bazar Jalan TAR, Harga Itu Cetus Perdebatan Ramai

Menurutnya, dia bertanya harga sebelum membeli, tetapi peniaga enggan menjawab dan terus menuang air ke dalam cawan sebelum meminta bayaran RM10.

“Tak payahlah beli air di Bazar Raya TAR. RM10 untuk satu cup. Sebelum beli kita tanya harga, dia tak nak jawab. Dia terus masukkan air dalam cup dan minta bayaran RM10. Gila peniaga macam ni. Hati-hatilah kepada sesiapa yang nak membeli air di bazar ini, cekik darah,” katanya menceritakan peristiwa di Bazar Jalan TAR tersebut.

Netizen menasihatinya bahawa pelanggan berhak menolak pembelian jika tidak bersetuju dengan harga. Namun, MokWe menjelaskan dia bimbang berlaku kejadian tidak diingini kerana suasana di bazar yang sesak.

Bazar Jalan TAR

“Bazar Jalan TAR, tempat orang ramai, kita ni perempuan. Memang terkejut dan terpaksa bayar. Kalau kita beredar terus, risau berlaku pergaduhan pula nanti,” jelasnya.

Rata-rata netizen mengakui harga minuman di bazar itu terlalu mahal berbanding kebiasaan.

“Memang mahal, air limau nipis pun RM10. Kalau mangga float RM10 tak apalah juga. Sewa tapak dah murah, RM500. Kalau jual dengan harga RM5, orang boleh terima lagi. Ini RM10, memang melampau,” kata Rahim.

Bazar Jalan TAR

Ada Yang Kongsi Cerita Sama di Bazar Jalan TAR

Selain harga air yang mahal, beberapa netizen turut berkongsi pengalaman serupa mengenai makanan lain di bazar tersebut. Seorang pengguna, Dania, menyatakan dia dikenakan caj RM18 untuk bihun sup, manakala seorang lagi netizen, Dhiaa, mendakwa membayar RM20 untuk menu yang sama.

Sumber: The Reporter

Baca juga: Watak Sebenar Iklan ‘Ikan di Laut, Asam Di Darat’ Akhirnya Bertemu Kembali Setelah Sekian Lama Di Bazar Ramadan

tags: | |