Bersedekah. Ia adalah hal yang senang diungkap, tetapi bukan semua orang mampu lakukan. Perkara itu adalah perkara yang mulia di sisi Tuhan kerana dengan hal sedemikian, kita menolong orang-orang yang dalam kesusahan.
Walau sekecil-kecil pertolongan, Tuhan akan membalasnya dengan kebaikan yang tidak dijangka.
Menyebut hal bersedekah, seperti satu video yang dikongsi oleh TikTok Warung Lentera, mereka mendapat pujian oleh orang ramai.
Ini kerana, sifat peniaga yang pemurah dan membantu orang ramai sebegini, lagi-lagi kepada orang istimewa atau dalam erti kata lain, golongan Orang Kurang Upaya (OKU) adalah sifat yang mulia.
Dia menceritakan terdapat pelanggan istimewanya yang selalu datang ke gerai jualan mereka di Kampung Naga Lilit, Padang Serai, Kedah tetapi mereka tidak mengambil sebarang bayaran dan caj kepada anak-anak syurga itu.
“Ni customer tetap saya. Hari-hari mai. Setiap kali mai dia akan order 2 isi ketam tanpa kuah. Selalu dia akan bagi RM1 untuk makanan tu. Tapi saya tak ambil.
“Tapi hari ni mak yang tolong jagakan kedai sat sebab saya pi solat dan mak ambil duit RM1 yang dia bagi. Then baru tanya saya selalu ambil dan duit, saya cakap tak.
“Ni second trip mai, tu mak bagi balik RM1 dekat dia,” ceritanya dalam kisah pelanggan ‘istimewa’ itu.
Menerusi video berkenaan, dia menunjukkan 2 orang pelanggan ‘istimewa’ yang selalu datang dengan gelagat comel dan menyenangkan hati.
@warunglentera Customer istimewa dan tetap kami 🤣 #fyp #nagalilit #padangserai
@warunglentera Customer istimewa dan tetap kami 🤣 #fyp #nagalilit #padangserai ♬ Enchanted Taylor Swift – Kaylen
Meninjau ruangan komen, netizen dan orang ramai terharu serta bangga dengan sikap peniaga Warung Lentera terbabit. Kata mereka, peniaga sebeginilah yang selalu akan dimurahkan rezeki oleh Tuhan kerana selalu menolong orang dalam kesusahan.
“Dalam kita tak tahu, orang macam ni yang bawa rezeki dekat kita. InshaAllah, Amin,” kata netizen bernama Liyana Zainal.
“Semoga diperluaskan pintuk rezeki dan dipermudahan segala urusan orang baik,” kata netizen kepada peniaga berkenenaan.
Semoga kisah sebegini selalu dipaparkan untuk kita saling mengingati bahawa kita sememangnya memerlukan antara satu sama lain untuk hidup aman dan makmur di dalam dunia ini.
Dalam konteks kehidupan, percayalah jika kita memberi, Tuhan akan membalasnya dengan lebih lagi. Percayalah, segala rezeki datang daripadaNya dan semoga semua dipermudahkan urusan.
Terima kasih orang baik-baik, Tuhan merahmatimu.
Sumber: Warung Lentera
Baca juga: “Asyik Masuk Buku 555 Je..”, Peniaga Makanan Luah Rasa Kesal, Pelanggan Datang Tapi Tak Bayar..