Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Pelanggan Kesal Harga 3 Pinggan Nasi Campur Jumlah RM156, Soal Tindakan Peniaga Cekik Darah

Pelanggan Kesal Harga 3 Pinggan Nasi Campur Jumlah RM156, Soal Tindakan Peniaga Cekik Darah

Kategori: ,
nasi campur

Peningkatan harga makanan kadang-kala berlaku untuk menampung kos bahan yang tidak menentu peningkatan dan penurunannya.

Menaikkan harga makanan atau jualan boleh diambil kira sekiranya ia tidak berlebihan dan mengikut harga pasaran.

Pelanggan Kesal Harga 3 Pinggan Nasi Campur Jumlah RM156.50, Soal Tindakan Peniaga Cekik Darah

Namun, lain yang terjadi dengan pengalaman seorang pelanggan yang berkunjung ke sebuah kedai makan apabila dia menceritakan perasaan tidak puas hatinya kepada orang ramai.

Ini terjadi kerana dia dikenakan harga yang melampau untuk 3 pinggan nasi campur yang berjumlah RM156.50 nasi campur

Menerusi gambar yang dikongsi oleh Rhino KL di dalam satu group di laman Facebook, kelihatan pelanggan tersebut mengambil tiga pinggan nasi berkenaan.

Setiap pinggan terdapat 2 lauk utama serta kuah dan sayur. Antara lauk yang diambilnya ialah ayam goreng, sotong dan daging.

Lauk Ayam Goreng, Sotong & Daging Untuk 3 Pinggan Nasi Campur nasi campur

Namun, ramai terkejut melihat harga yang perlu dibayarnya selepas melihat resit pembayaran yang dikongsi oleh lelaki berkenaan. RM156.50 untuk 3 pinggan harga nasi campur.

Meninjau ruangan komen, ramai yang berpendapat mungkin kerana kuantiti sotong yang diambil salah satu pinggan tersebut banyak menyebabkan harga nasi  menjadi mahal.

Tetapi, ada juga yang tidak bersetuju dengan harga sotong semahal itu. nasi campur

nasi campur

Jika anda melihat hantaran ini, apakah pendapat anda?

Sumber: Rhino KL 

Baca juga: “Punya Kreatif Bini Aku..”, Suami Terkejut Buka Bekal Makanan Isteri Sediakan, Tak Sangka Dia Letak Ini..

tags: |