Kentang goreng adalah antara kudapan yang memang menjadi kegemaran kebanyakan orang. Oleh kerana rasanya yang berlemak dari isi kentang, ia memang menjadi pilihan untuk dimakan.
Biasanya, ia banyak terjual di gerai tepi-tepi jalan atau pasar malam. Dibungkus dalam bungkusan-bungkusan kecil yang disaluti dengan sos dan mayonis, kentang goreng memang laku keras.
Terbaharu, menyebut perihal kentang goreng, satu hantaran oleh Ecah Rahimi telah tular di Facebook semalam tentang pengalamannya sebagai pelanggan membeli kentang goreng. Malangnya, kentang goreng yang dibeli di lokasi Sungai Sembilang itu berkulat dan rasanya masam.
Difahamkan, peniaga itu telah menutup bahagian atas kentang yang baru digoreng namun pada bahagian bawahnya, ia seperti sudah ditinggalkan dalam tempoh yang lama.
Menurut wanita itu, dia telah membeli kentang goreng di Pantai Remis Sungai Sembilang untuk dimakan di rumah namun terkejut apabila melihat bahagian bawah kentang yanng sudah berkulat.
“Masa beli yang atas nampak sos-sos nya. Yang berkulat belah bawah dia,” jelasnya untuk keterangan hantaran kentang berkulat tersebut.
Meninjau ruangan komen, pelbagai reaksi dan luahan oleh netizen berbaur di situ. Ada yang menyifatkan peniaga kentang goreng berkenaan sebagai kejam dan tidak berhati perut menjual kentang goreng yang sebegitu.
Mengambil salah seorang komen netizen bernama Aqira Atyra, dia mempersoalkan kenapa peniagha tergamak menjual kepada peniaga makanan yang berkulat. Lagi-lagi berniaga makanan yang melibatkan pemakanan seseorang.
“Allahuakbar, berapa hari punya kentang tu? Sampai nya hati jual makann macam ni,”tulisnya sebagai satu luahan kesal tentang kentang goreng berkulat daripada orang ramai pada ruangan komen.
Selain itu, netizen lain bernama Rose Nanie turut berkongsi pengalaman membeli makanan yang basi. Makanan yang dibelinya turut terasa masam tidak setanding dengan harga yang mahal.
“Akak pun pernah kena. Beli jelly kelapa tapi berlendir dan rasa masam. Nasib anak tak makan. Cium dulu memang nampak lendirnnya. Terus buang, harga pula cekik darah,”luahnya mengulas isu kentang goreng berkulat berkenaan.
Dari insiden kentang goreng berkulat ini, sama-sama lah kita mengambil ia sebagai satu pengajaran kepada semua pihak terutamanya pihak peniaga. Janganlah sesekali menjual barangan yang kita sudah tahu kualitinya buruk.
Selaian nama kedai tercemar, rezeki juga tidak menglir dengan baik kerana menganiaya orang dalam mencari rezeki. lagi-alagi pada ekonomi sekarang, orang ramai berjimat untuk berbelanja perihal makanan. Semoga dipermudahkan urusan untuk semua.
Sumber: Eca Rahimi
Baca juga: “Macam Ni Je RM600 Lebih?”, Harga Semua Naik Dekat Malaysia, Air Hujan Je Turun..