Tiba bulan Ramadan, Bazaar Ramadan menjadi tumpuan untuk memilih dan membeli juadah bagi berbuka puasa. Aneka makanan dan minuman disediakan di sana untuk mengisi perut ketika iftar.
Tetapi, dalam bergembira membeli makanan di sana, ada isu tentang keikhlasan peniaga-peniaga menjual makanan yang dimasak dengan acuh tak acuh.
Misalnya, karipap inti angin, sup dengan rasa tawar dan berbagai lagi.
Terbaharu, seorang pelanggan meluahkan rasa kecewa apabila hari pertama membeli di Bazaar Ramadan dan mendapati sudah ditipu oleh pelanggan.
Dia membeli Roti John sebagai juadah berbuka dan mendapati isinya hanyalah sos dan mayonis sahaja.
“Roti John inti sos/mayo”, tulisnya di hantaran Facebook.
Hantarannya mendapat perhatian ramai apabila netizen tururt memberi komen dan menceritakan pengalaman sedih ditipu sesetengah peniaga ketika membeli makanan berbuka puasa.
“Setiap Ramadan akan berlaku begini. Allahu”, kata Ely Idris
“Elok diviralkan peniaga macam ni. Esok dia tahulah kenapa takda customer tempat dia”, ujar Safida memberi komen.
“Niaga nak kejar untung sangat. Sekali tu je lah orang beli”, kata netizen lain dengan nama Sanie.
Kesimpulannya sebagai peniaga, jujurlah ketika meniaga dan jangan harapkan keuntungan lebih sahaja. Lagi-lagi, ketika berniaga di bulan yang mulia ini.
Jika kita masak dengan ikhlas dan sedap, pasti pelanggan akan datang lagi.
Sumber: Muhammad Alif