Pisang goreng adalah makanan yang banyak dijual di tepi-tepi jalan dan menjadi antara makanan yang disukai ramai. Dibeli ketika pulang dari kerja misalnya, ia menjadi kegemaran ramai untuk makan selepas penat bekerja.
Tetapi hari demi hari, ramai kisah dan keluhan dari pelanggan yang menyatakan bahawa harga pisang goreng tidak berbaloi jika dibandingkan dengan saiz pisang goreng yang dijual.
Seperti kisah seorang pelanggan yang membeli pisang goreng di sebuah kedai jalanan, dia meluahkan rasa kesal dan kecewa apabila dia membeli pisang goreng nipis jika melihat kepada saiznya.
“Korang cubalah tengok, aku tadi beli pisang goreng RM3. Jari aku pun lagi besar kau tahu tak? Kau tengok jari aku lagi besar. Masalah itu aku tak kisah sangat. Ni haaa nipis ya macam mana nipis. Ini betul-betul ni.
“Kalau ada kawan-kawan lalu ke siapa ni, kalau aku lambai dengan pisang goreng ni. Tak nampak ni, memang dia tak nampak. Aduh, parah-parah memang parah. Tak apalah, dah beli,” luahnya dalam video berkenaan yang tular di laman TikTok.
@bondert0 minyak mahal agaknye..minta maaf sya tak dpat tunjuk tempatye.sya kesian dgan si penjual tu
@bondert0minyak mahal agaknye..minta maaf sya tak dpat tunjuk tempatye.sya kesian dgan si penjual tu♬ bunyi asal – BONDERT
Melihat kepada ruangan komen, ramai netizen lain meluahkan kemarahan dan kesesalan yang sama. Ada yang menceritakan pernah membeli pisang goreng yang bentuknya sebegitu rupa.
“Sama tempat saya, nipis, pastu goreng garing dan macam keropok lekor yang leper tu,” kata netizen lain dengan nama Tinie.
“Satu biji boleh potong sepuluh hiris. Betapa sedih nya mahu makan pun suap ke mulut tak terasa. Minta maaf ya kalau salah,” kata netizen lain berkenaan pisang goreng nipis tersebut
Bagi Min, jika ingin menjual sesuatu makanan, haruslah berbaloi dengan apa yang dijual. Jika harganya murah, mestilah berbaloi dengan kualiti makanan tersebut. Hal yang sama dengan harga yang mahal.
Sumber: Bondert