Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Pelanggan Lapor KPDNHEP Harga Talam Keladi Mahal Sangat, Peniaga Ini Perjelas Kenapa Jual RM10 Sebekas

Pelanggan Lapor KPDNHEP Harga Talam Keladi Mahal Sangat, Peniaga Ini Perjelas Kenapa Jual RM10 Sebekas

Kategori:
pelanggan lapor KPDNHEP

Ketika harga bahan mentah semakin menaik, tidak hairanlah ada sesetengah peniaga terpaksa menaikkan harga jualannya bagi menampung kos tertentu. Menaikkan harga sesuai dengan kenaikan harga barang mentah, bukan sekadar mengaut keuntungan yang berlebihan perlu dihadapi peniaga untuk mencari rezeki.

Pelanggan Lapor KPDNHEP Harga Talam Keladi Mahal Sangat, Peniaga Ini Perjelas Kenapa Jual RM10 Sebekas

pelanggan lapor KPDNHEP

Seperti sebuah kisah yang tular di laman TikTok semalam, seorang peniaga Talam Keladi Berlauk memperjelaskan isu mengapa harga makanan yang dijualnya sedikit mahal. Ia selepas pelanggan membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tentang harga jualannya.

Peniaga Talam Kedai Berlauk yang menggunakan jenama Baitun Classic Malaysia menjelaskan isu itu dengan menerangkan setiap bahan yang digunakan untuk membuat Talam Keladi Berlauk bagi menjaga kualitinya kepada pelanggan. Dia mengenakan harga RM10 sebekas untuk Talam Keladi Berlauk jualannya.

Menurutnya, udang kering yang digunakan berharga RM79 sekilogram, keladi RM15 sekilogram, santan ori tanpa tepung RM11 sekilogram dan beberapa bahan lain yang berkualiti untuk menjaga jualannya supaya kekal bermutu tinggi.

“Drama di sebalik Talam Keladi Berlauk. Kami akui harga kami sedikit mahal, tetapi demi menghasilkan kuih premium, kami menggunakan bahan-bahan yang juga mahal. Kami menggunakan udang kering grade A, kami juga menggunakan keladi dan santan ori tanpa menggunakan tepung.

Guna Bahan Premium, Mahu Jaga Kualiti

pelanggan lapor KPDNHEP

“Demi menghasilkan homemade sauce ini, kami terpaksa membeli bahan di Jaya Grocer. Ya, kami tak jumpa lagi taucu berkualiti tinggi di kedai supermarket biasa. Bawang goreng kami juga bukan bawang goreng tepung. Bukan senang sebenarnya nak buktikan yang kuih Melayu mampu setanding dengan desserts dari luar negara.

“Sebab kita sudah terbiasa dengan harga tidak boleh lebih dari RM3. Namun, pengalaman ini membuat saya lebih berhati- hati dengan harga. Kami berputus untuk kecilkan lagi size supaya harga lebih menjadi mampu milik untuk semua orang. Dengan harga yang sudah terpapar, marilah kita semua menjadi pembeli yang bijak,” jelasnya tentang isu pelanggan lapor KPDNHEP itu.

Bukan Senang Buktikan Kuih Orang Melayu Setanding Pemanis Mulut Luar Negara

pelanggan lapor KPDNHEP

@baitunclassicmy

Drama di sebalik Talam Keladi Berlauk Kami akui harga kami sedikit mahal, tetapi demi menghasilkan kuih premium, kami menggunakan bahan2 yang juga mahal. Kami menggunakan udang kering grade A, kami juga menggunakan keladi dan santan ori tanpa menggunakan tepung. Demi menghasilkan homemade sauce ini, kami terpaksa membeli bahan di Jaya Grocer. Ya, kami tak jumpa lagi Taucu berkualiti tinggi di kedai supermarket biasa. Bawang goreng kami juga bukan bawang goreng tepung. . Bukan senang sebenarnya nak buktikan yang kuih melayu mampu setanding dengan desserts dari luar negara sebab kita sudah terbiasa dengan harga tidak boleh lebih dari RM3. Namun, pengalaman ini membuat saya lebih berhati- hati dengan harga. Kami berputus untuk kecilkan lagi size supaya harga lebih menjadi mampu milik untuk semua orang. . Dengan harga yang sudah terpapar, marilah kita semua menjadi pembeli yang bijak. #baitunclassic #talamkeladiberlauk

♬ original sound – Baitun Classic – Baitun Classic

@baitunclassicmy Drama di sebalik Talam Keladi Berlauk Kami akui harga kami sedikit mahal, tetapi demi menghasilkan kuih premium, kami menggunakan bahan2 yang juga mahal. Kami menggunakan udang kering grade A, kami juga menggunakan keladi dan santan ori tanpa menggunakan tepung. Demi menghasilkan homemade sauce ini, kami terpaksa membeli bahan di Jaya Grocer. Ya, kami tak jumpa lagi Taucu berkualiti tinggi di kedai supermarket biasa. Bawang goreng kami juga bukan bawang goreng tepung. . Bukan senang sebenarnya nak buktikan yang kuih melayu mampu setanding dengan desserts dari luar negara sebab kita sudah terbiasa dengan harga tidak boleh lebih dari RM3. Namun, pengalaman ini membuat saya lebih berhati- hati dengan harga. Kami berputus untuk kecilkan lagi size supaya harga lebih menjadi mampu milik untuk semua orang. . Dengan harga yang sudah terpapar, marilah kita semua menjadi pembeli yang bijak. #baitunclassic #talamkeladiberlauk ♬ original sound – Baitun Classic

Melihat ruangan komen, ramai yang mengatakan sebenarnya harga yang dikenakan sudah berbaloi mengikut barang jualan bersama kualiti yang dijual.

“Ibu saya jual kuih talam, ibu memang cakap bahan-bahan dah naik harga. Semoga dipermudahkan urusan akak ya,” kata netizen bernama Wiwin Ruslan.

“Ni masalah customer kadang-kadang tak tahu harga cost untuk barang-barang mentah. Macam say bakers memang kadang jadi serba salah nak bagitahu harga tu. Padahal barang semua mahal,” komen netizen lain En Rashid, memberi pendapat tentang isu pelanggan lapor KPDNHEP itu.

“Saya menjual kuih. Saya rasa memang patut pun harga tu dengan santan keladi lauknya lagi. Tenaga, gas, bahan mentah yang mahal,” ujar peniaga lain memberi pendapat.

Harga Sudah Berbaloi

pelanggan lapor KPDNHEP

Melihat kepada isu pelanggan lapor KPDNHEP tentang kes talam keladi ini, ada situasi yang sebenarnya pelanggan terburu-buru membuat keputusan tanpa berfikir panjang. Jika mengikut fakta kes ini, peniaga sudah memaparkan harga di ruang jualannya. Jadi, bukan niat peniaga untuk caj harga yang mahal secara mengejut.

Pelanggan ada hak memilih dan peniaga pun tidak memaksa. Jadilah pengguna yang bijak dalam menilai. Semoga dimurahkan rezeki buat semuanya.

Sumber: Baitun Classic Malaysia

Baca juga: “Kalau Boleh Nak Belajar Pandai..”, Penjual Mangga Jalanan Sedih Jualan Tak Laku, Tak Sangka Komen Netizen Macam Ni..

tags: | | |