Kebersihan makanan adalah satu hal yang patut dititikberatkan oleh peniaga kerana ia melibatkan kesihatan dan akan berdampak kepada pelanggan.
Akhir-akhir ini, didapati banyak aduan dan keluhan pelanggan berkenaan kebersihan makanan yang dilihat membimbangkan pelanggan terutamanya.
Terbaharu, tular di laman TikTok berkenaan isu kebersihan makanan yang mendapati bahawa ada seekor cicak dibungkus bersama nasi lemak menggunakan daun pisang.
Menerusi video berkenaan, cicak tersebut berada di bahagian atas nasi bersama sambal dan saiznya agak besar. Tidak begitu pasti mengapa peniaga tidak perasan akan kehadiran cicak tersebut di dalam bungkusan nasi lemaknya.
Mungkin cicak tersebut termasuk ke dalam sambal atau nasi. Tetapi dengan saiz yang sebegitu, ia sememangnya memeranjatakan sesiapa yang ingin memakannya.
“Meniaga boleh tak jangan pengotor sangat. Ni pengotor tahap apa ni cicak sebesar alam boleh ada dalam nasi lemak ni. Hilang selera makan aku,” luah pelanggan yang dikenali sebagai Fatihah terbabit dalam isu jumpa cicak dalam nasi lemak.
Tambahnya lagi, dia turut menasihati semua untuk lebih berhati-hati sebelum makan sebarang nasi atau makanan yang dibeli di kedai.
“Sebelum makan check dulu ya. Fobia aku nak makan nasi lemak tepi jalan. Pengotor gila!”, tulisnya lagi.
@ffaateha Sebelum makan check la dlu ya. fobia aku nak beli nasi lemak tepi jalan! pengotor gila 🤮🤢🤮 #fyp
@ffaateha Sebelum makan check la dlu ya. fobia aku nak beli nasi lemak tepi jalan! pengotor gila 🤮🤢🤮 #fyp ♬ 原聲 – mycatso_cute
Melihat ruangan komen, ada pelanggan yang turut berkongsi pengalaman sama tentang terjumpa cicak di daalam makanan yang dibelinya. Pelbagai reaksi juga dilontarkan oleh pelanggan lain tentang isu jumpa cicak dalam nasi lemak.
“Aku pernah kena time tu tak perasan sampai termakan kaki dia. Tiba-tiba sedar ada mulut terbuka. Check-check cicak,” komen seorang netizen dalam ruangan komen berkenaan.
“Hmmm kalau I sudu tu pun I buang terus,” tulis netizen lain bernama Sal memberi komen kisah jumpa cicak dalam nasi lemak.
Semoga daripada perkongsian ini, kita dapat mengambil iktibar tidak kira peniaga ataupun pelanggan. Bagi peniaga, cubalah berhati-hati dalam menjaga kebersihan menguruskan pengendalian makanan.
Bagi pelanggan pula, jangan lupa untuk sentiasa berhati-hati dan ‘check’ dulu makanan sebelum makan.
Sumber: Fatihahh