Akhir-akhir ini, aduan masyarakat tentang hal pelik ketika berkunjung ke kedai makan di media sosial semakin menjadi-jadi. Pelbagai luahan dapat dibaca dari sisi pelanggan. Ada yang merupakan isu kecil dan sebaliknya.
Terbaharu, satu isu telah tular sejak semalam di laman TikTok turut melibatkan hal pelik yang ditemui di kedai makan. Menurut seorang pelanggan yang berkunjung ke kedai makan mi celup atau mi sup di sebuah kedai, dia menceritakan bagaimana terdapat seekor lintah hidup di dalam lebihan sup mengejutkannya.
Menerusi video berkenaan, terlihat seekor lintah yang masih bergerak-gerak di dalam mangkuk mi celup berkenaan. Apa yang lebih mengejutkan orang ramai, mi celup berkenaan sudah licin dimakan pelanggan dan barulah dia perasan akan adanya lintah tersebut di dalam makanannya.
“Maggi sup pacat (lintah). Maggi lintah bagus untuk kecantikan”, tulisnya seloroh dalam keterangan video temui lintah hidup dalam maggi sup berkenaan.
https://www.tiktok.com/@_ichii21/video/7149860594038967578?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378
@_ichii21 Magii sup pacat 😱 #pacat #maggipacat ♬ suara asli – INDOZONE
Melihat ruangan komen dan pandangan orang ramai, ramai yang berpendapat bahawa lintah tersebut datang dari sayur kangkung yang diletakkan sekali di dalam sup. Dipercayai, lintah boleh hidup di dalam batang sayur kangkung dan susah untuk mati walaupun dimasak.
“Bahaya ni, telan yang tu boleh masuk hospital lah,” kata seorang netizen bernama Ham.
“Lintah susah nak mati kalau masak pun. Dia duduk dalam batang sayur tu memang tak matii. Sebab tu kena belah batang sayur sebelum masak,” komen netizen lain yang bernama Syu.
“Dah clear isi semua baru nampak ke? Masa makan takkan tak nampak ada benda bergerak-gerak?”, soal Azie Da.
Jadi, mengambil pengajaran daripada kisah pelanggan temui lintah hidup dalam maggi sup ini, berhati-hati lah kalau nak masak kangkung. Sebaiknya, belah dahulu batang kangkung tu. Kadang-kadang ada lintah ataupun pacat.
Boleh rendam dulu kangkung dlm air garam dan segala cacing atau lintah akan keluar. Jangan pula tak makan kangkung dah lepas ni, sebab kangkung banyak khasiatnya tau!
Sumber: Meayrolir
Baca juga: Pekerja Restoran Karen’s Diner Maki Dan Carut Pelanggan, Guna Marketing Lain Dari Lain. Ini Caranya!