Sejak akhir-akhir ini, sememangnya dilihat banyak rungutan oleh netizen di media sosial berkenaan harga mahal yang dicaj oleh segelintir peniaga. Ada kalanya, harga yang dikenakan menurut mereka terlampau tinggi dengan kualiti dan kuantiti yang didapatnya.
Misalnya, satu kisah menurut Malaysia Dateline berkenaan seorang pelanggan terkejut apabila ikan kerapu yang dimakan di sebuah restoran di Port Dickson dicaj mahal. Untuk dua ikan kerapu yang dipesan olehnya dikenakan sebanyak RM190 bagi dua ekor.
Pelanggan yang dikenali sebagai Sufizans Iqbal yang berkongsi di Facebook kumpulan awam Port Dickson tidak berniat untuk menjatuhkan perniagaan seseorang. Sebaliknya dia hanya terkejut dengan harga ikan kerapu sedemikian rupa.
“Ikan kerapu 2 ekor sampai RM190, pepahat 2 plastik RM70, sotong 1.2kg RM114,” tulis beliau.
Namun katanya kebiasaan makan di kedai ikan bakar di kebanyakan negeri tidak pernah dicaj mahal macam tu. Jadi, beliau mempersoalkan apakah kedai tersebut memang kedai harga VVIP.
Perkongsian beliau itu turut mendapat respons kumpulan berkenaan. Ada yang mengatakan restoran di kawasan Port Dickson memang caj mahal.
Muhamad Qhuzairy merupakan orang Negeri Sembilan menasihatkan sesiapa sahaja berhajat makan seafood di Port Dickson ia bukan tempat disarankan.
“Saya sebagai orang Negeri Sembilan, kalau berhajat nak makan seafood baik bukan di Port Dickson. Salah satu sebab mahal adalah PD buka kawasan hub pembekal makanan laut.
“Jadi kebanyakan seafood di situ ambil luar dari PD. Harga memang tinggi. Saya pun jarang makan seafood di sana. Port Dickson sesuai jika ingin melancong untuk nikmati pantai dan laut,,” kata beliau.
Safiah Rania juga senasib dengan Sufizns Iqbal dii mana beliau baru sahaja makan di restoran terbabit pada minggu lepas. Dia dikenakan caj RM100 untuk seorang makan.
“Saya baru terkena hari Ahad haritu. Tom Yam dengan paprik untuk 1 orang makan. Sotong 2 ekor, nasi putih 3, total RM100,” komennya.
“Sama la, terkena jgak hari tu….serik nak masok lagi,” tambah Zainuddin Abdollah.
“Ha kan..kuasa viral cepat je kann…kami pun terkena Sabtu malam Ahad..harga tak masuk akal..kalau banyak menu tu puas hati la..berbaloi jugak la..ni total RM440…harga yahudi ke??menu ikan jenahak masak stim, sotong sambal, udang masak buttermilk, ketam black paper and telur dadar.
Tak kan la ikan jenahak tu sekor RM200 ko.? So beringat la ye..sape2 nk g PD tu makan hati2 la..,” sambung Zai Cweett Afrina.
Bagaimanapun ramai yang memberi pandangan agar pelanggan bertanya terlebih dahulu harga ‘seafood’ sebelum pesan supaya boleh bajet awal-awal dan tidak terkejut selepas dicaj.
Sumber: Malaysia Dateline
Baca juga: Bungkus Teh Ais Kena Caj Tambahan 20 Sen, Ramai Netizen Tak Puas Hati Cakap Tak Patut..