Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Tak Sangka Ada Kes Macam Ni..”, Pelanggan Terkejut Makanan Tinggal Separuh, Kesal Dengan Perangai Rider

“Tak Sangka Ada Kes Macam Ni..”, Pelanggan Terkejut Makanan Tinggal Separuh, Kesal Dengan Perangai Rider

Kategori:
pelanggan terkejut

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Itulah pepatah Melayu yang sering dikaitkan dengan kesalahan oleh seorang sahaja dari kebanyakan orang, tetapi tempiasnya dirasa hingga semua.

Melalui pepatah itu, terdapat satu kisah yang dikongsikan oleh seorang pelanggan yang memesan makanan melalui atas talian berkenaan sikap rider tidak masuk akal. Disebabkan oleh seorang rider, nama rider lain tercemar.

“Tak Sangka Ada Kes Macam Ni..”, Pelanggan Terkejut Makanan Tinggal Separuh, Kesal Dengan Perangai Rider

pelanggan terkejut

Kisah itu diceritakan melalui sebuah video dikongsi di laman TikToknya sehingga meraih perhatian netizen lain. Dipercayai, pemilik video mewakili suara hati kawannya yang ditipu oleh rider terbabit.

Kawannya yang juga pelanggan berkenaan kesal kerana makanan yang dipesan hanya tinggal separuh dan mengesyaki bahawa rider tersebut telah memakannya sebelum dihantar kepadannya.

“Rider boleh makan kawan I punya makanan! Apa benda siak? Lapar tahu tak! Tunggu bukan main lama. Tengok-tengok sampai tinggal sisa. Nak kejar balik rider dah lesap,” luahnya dalam keterangan kisah pelanggan terkejut berikut.

pelanggan terkejut

Ketika ditanya berkenaan rider bekenaan, dia berkata profile rider di dalam keterangan telefon dan juga rider yang sampai berlainan muka dari segi fizikalnya. Ia menyebabkan proses pengecaman muka susah untuk dikenalpasti.

“Tapi muka rider tu lain. Dalam (apps) macam orang tua sikit. Yang hantar macam umur 20 an dan gendut. Tu yang jem tu.” luahnya lagi.

Dia menambah, laporan sudah dibuat kepada pihak yang bertangunggjawab dan pihaknya sudah diberi pampasan berupa voucher makanan.

“Member sis bayar cash dan time tu rider tak bank in ke apa entah. Dah email semua lepastu dorang bagi voucher,” jelasnya.

“Laporan Dah Buat, Sudah Diambil Tindakan”

pelanggan terkejut

https://www.tiktok.com/@makcik_mistik/video/7130220230650940698?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378

@makcik_mistik apa menda ni? @grabfoodmy ♬ original sound – Nblh Khms – Nabilah Khamis

Meninjau ruangan komen, ramai netizen yang terkejut dan tidak menyangka akan berlakunya kes sebegini. Selain itu, ramai juga menyuruh mangsa membuat aduan dan seperti sedia maklum, aduan telahpun dibuat serta sudah diberi tindakan.

“Serious laaa ada kes begini,” luah Muhd.

“Berani dia buat main pasal makanan dengan peremupan,” kata Anneee.

“Sis, try buat report. I dapat balik tau duit I tak dapat vouchers. Kes I, kedai main suka hati je tukar makanan tanpa inform cust,” terang Mikaela memberi reaksi kepada kisah pelanggan terkejut terbabit.

Berani Dia Buat Main Pasal Makanan

pelanggan terkejut

Bagi Min, janganlah buat perkara sebegini. Lagi-lagi hal yang melibatkan makanan dan punca kita mencari rezeki. Kesian rider yang lain terpalit dengan kisah sebegini. Semoga semua orang dilancarkan urusannya dan dipermudahkan rezekinya.

Sumber: Nur Fatini

Baca juga: “Mula Dari Rumah, Kini Jual Hingga 100 Juta..”, Roti Canai Rakyat Malaysia Terjual Sampai AS, Eropah, Ini Ceritanya..

tags: | |