Jika anda sering memesan makanan menggunakan aplikasi Foodpanda, pasti akan perasan ada satu ruangan special instructions untuk pelanggan meninggalkan pesanan buat restoran tersebut. Sebagai contoh jika anda ingin membeli ayam di KFC namun hanya mahu bahagian ayam tertentu sahaja, boleh tulis di ruangan special instructions yang disediakan.
Seperti perkongsian oleh seorang wanita, Rosnani Zakariah yang berkongsikan kisah apabila dia sengaja menulis nota pesanan dan tidak menyangka staff KFC membalasnya. Apa yang melucukan, staff KFC telah membalas nota wanita tersebut dalam nada yang terhibur.
Ni memang tak jadi masak.. sebab beli je.. tapi tak kira.. nk kongsi jugak..
Aku saje try promo code yang Foodpanda bagi.. disamping trick yang aku tgk viral kat Facebook tu..
Since aku suka makan dada aku guna la statement, “nak isi dada yg besar, xde xpe, allah tau. Nak extra sos chili thai”. which is aku tau mmg confirm xde sos chili thai pun dalam list..
Guess what? Its working babe.. its working.. haha.. the best part was they did reply me….. eh korang tengok la ape mesej dorang bagi kat gambar..
Thanks to staff kfc yang rajin balas note yang aku letak tu.
P/s: ayam aku dapat memag besar-besar tapak tangan weh.. 1 pun susah nak habis.
Kredit: Rosnani Zakariah