Dalam setiap pekerjaan, seseorang haruslah mengerjakan ia dengan tanggungjawab. Ini kerana, segala amanah yang diberikan kepada seorang pekerja berdampak kepada orang sekelilingnya.
Bercakap mengenai tanggungjawab dalam pekerjaan, sebuah kisah seorang pemandu ambulans menjadi sebutan ramai apabila dia seperti melepaskan tanggungjawabnya ketika menghantar pesakit ke sebuah hospital.
Pemandu ambulans di Nakhon Nayok, Thailand itu tular selepas dia didakwa singgah ke sebuah gerai tepi jalan untuk membeli pisang goreng ketika sedang mengejarkan seorang pesakit ke hospital.
Menurut Thai PBS World, lantaran kejadian tersebut pihak hospital terpaksa membuat kenyataan maaf kepada keluarga pesakit yang dilaporkan telah mengalami sesak nafas dan dalam perjalanan ke hospital pada 13 Oktober lalu.
Difahamkan pemandu tersebut telah membuat tempahan awal pisang goreng melalui sistem dalam talian dan mengarahkan penjual supaya bersedia kerana dia akan melalui jalan tersebut.
Anak perempuan pesakit yang menemani bapanya yang uzur dalam ambulans menjadi saksi kepada keseluruhan kejadian dan ia merasakan bahawa kejadian seperti itu tidak sepatutnya berlaku.
Dia kemudiannya telah membuat satu kenyataan di media sosial selepas pihak hospital tidak melayan aduannya.
Bagaimanapun, walaupun pihak hospital sudah membuat permohonan maaf. Namun kenyataan tersebut seolah-olah mempertahankan tindakan tersebut dengan menyatakan bahawa ambulans hanya berhenti selama tiga saat sahaja.
Sumber: Thai PBS World