Biasanya, pemandu teksi tugasnya hanyalah untuk hantar penumpang dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan selamat.
Ia juga adalah pilihan yang baik untuk orang ramai yang ingin elakkan stres akibat tersangkut di kesesakan lalu lintas.
Kini lebih senang lagi untuk penumpang dapatkan khidmat teksi dengan adanya pelbagai aplikasi di hujung jari.
Namun, seorang pemandu teksi yang viral di media sosial baru-baru ini menarik perhatian netizen. Seperti yang dikongsikan oleh pengguna Twitter dari Indonesia, @bijjjih, dia cukup terkejut apabila disambut dengan pelbagai kudapan yang tersusun rapi di bahagian penumpang oleh pemandu teksi yang baik hati.
Rasanya memang jarang kita lihat pemandu teksi yang baik macam ni. Menurut si penumpang, dia sangat senang hati apabila bertemu dengan penumpang yang murah hati macam ni pada waktu pagi.
Kataya, antara makanan ringan yang disediakan oleh pemandu teksi yang baik hati ni adalah kacang goreng, biskut coklat, gula-gula dan macam-macam lagi.
Selain kudapan, pemandu teksi juga sediakan air mineral dan pelbagai ubat-ubatan untuk keperluan penumpang. Baik betul!
“Baik betul pakcik ni. Semua makanan ringan yang disediakan adalah percuma. Semalam dapat teksi yang nakal, hari ni dapat teksi yang super baik.”
Dalam pada itu, pengguna itu sempat mengesyorkan perkhidmatan pemandu teksi ini kepada semua netizen Indonesia yang berada di Surabaya. Dia juga berharap supaya pemandu teksi ini sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
Menurut gambar yang dikirimkan oleh pengguna Twitter ini, pemandu teksi tersebut dikenalpasti sebagai Gudianto Huang yang berkhidmat di bawah Bluebird, iaitu perkhidmatan teksi lokal di Indonesia.
Sejak nama serta nombor telefonnya tular di media sosial, ramai pula yang hubunginya sampai tak menang tangan untuk melayan Whatsapp dari pelanggan yang ingin gunakan khidmat teksinya.
Di ruangan komen, salah seorang pengguna Twitter akui baik budi pemandu ini ketika menaiki teksinya tak lama dahulu. Katanya, pemandu teksi ini juga sangat peramah dengan pelancong.
Mesti best kalau ada pemandu teksi macam ni dekat Malaysia. Baik betul sampai nak sediakan makanan ringan, air mineral dan ubat-ubatan. Korang pernah tak naik teksi yang meriah macam ni? Jom kongsikan dengan kami!
Sumber : Twitter @bijjihh