Pastinya kita sering mendengar pelbagai kisah yang meloyakan yang dilakukan oleh penyewa dari neraka. Seperti mana yang berlaku di sebuah flat di Andover, Hampshire United Kingdom. Apabila dua bilik tidur menjadi lautan kira-kira 8000 tin bir dan sisa makanan yang sudah busuk.
Malah apa yang lebih teruk lagi adalah tandas di kediaman berkenaan juga dipenuhi sampah setinggi empat kaki. Keadaan tersebut memang sangat kotor sehingga menyebabkan pekerja yang membersihkan rumah berkenaan muntah berkali-kali.
Pembersih yang dikenali dengan nama Freddie Gillium-Webb ini terkejut apabila melakukan pembersihan di kediaman tersebut yang mana ditinggalkan penyewa bermasalah. Sudah hampir setahun, penyewa berkenaan tidak membayar sewa.
Sebaik sahaja saya berjalan melalui pintu, terdapat tin bir di mana-mana sahaja dan baunya sangatlah busuk.
Penyewa jelas tidak menggunakan tong sampah sama sekali kerana dapurnya penuh dengan sisa makanan dan di ruang tamu terdapatt saki baki kebab yang dimakan separuh.
Di tingkat atas ada beg sampah yang penuh dengan puntung rokok selain lantai tidak kelihatan kerana terdapat banyak tin bir. Saya rasa saya telah membuang kira-kira 8000 secara keseluruhannya.
Tandas bilik mandi pula tidak dibersihkan, sebaliknya tisu tanda yang mempunyai kesan najis berlonggok seperti menara.
Freddie juga turut mendedahkan, masa yang diambil olehnya untuk membersihkan kediaman berkenaan lebih kurang 3 hari. Sebanyak 10 botol peluntur yang digunakan untuk kerja-kerja pembersihan.
Sumber: Daily Star