Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Set DS Anwar Ibrahim Satu!”, Pemilik Kedai Makan Namakan Set Menu Rahmah Dengan Nama Menteri, Ramai Terhibur & Suka Dengan Konsep Ini

“Set DS Anwar Ibrahim Satu!”, Pemilik Kedai Makan Namakan Set Menu Rahmah Dengan Nama Menteri, Ramai Terhibur & Suka Dengan Konsep Ini

Kategori:
set menu rahmah

Seperti yang kita tahu, menu Rahmah adalah inisiatif kerjaan untuk meringankan beban bagi golongan yang tidak berkemampuan dengan menyediakan makanan berharga RM5 sahaja bagi satu pek hidangan.

Terbaharu, sebuah restoran menarik minat pelanggan apabila dia menamakan setiap set menu rahmah dengan nama-nama menteri yang menerajui kerajaan hari ini.

“Set DS Anwar Ibrahim Satu!”, Pemilik Kedai Makan Namakan Set Menu Rahmah Dengan Nama Menteri, Ramai Terhibur & Suka Dengan Konsep Ini

set menu rahmah

Antaranya set Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Isnin); Datuk Seri Mohamad Sabu (Selasa); Anthony Loke (Rabu); Datuk Seri Salahuddin Ayub (Khamis); Rafizi Ramli (Jumaat); dan Datuk Seri Azalina Othman Said (Sabtu).

Menurut laporan daripada Harian Metro itu, Set Perdana Menteri terdiri daripada nasi putih, ayam kari, sayur kacang dan sambal atau soto ayam; set Mohamad (nasi putih, ayam masak merah, sayur taugeh dan sambal atau lontong sayur).

Manakala, set Anthony (set pecel ayam atau gado gado); set Salahuddin (set pecel lele atau nasi putih, ayam goreng crispy dan sayur kangkung); set Rafizi (nasi putih, ayam masak kurma, sayur campur dan sambal atau mi ayam) dan set Azalina (nasi putih, ayam masak merah kicap, sayur bayam dan sambal).

Pemilik dan pengurus, Warong Pecel Lele di Medan Selera TS Sport Arena, di sini, Muhammad Syafiq Saifullah, 21, berkata, pihaknya terbuka dan menyambut baik usaha kerajaan dalam membantu golongan sasar iaitu miskin dan B40.

“Apabila Menteri KPDN memperkenalkan Menu Rahmah ini, kami terus ambil langkah untuk menjualnya. Pada masa sama lebih pada nak membantu meringankan kos perbelanjaan makanan pengguna.

“Set menu rahmah yang kami perkenalkan pelbagai dan banyak pilihan. Ia tidak terhad pada satu menu saja. Malah, kami beri sentuhan dengan menamakannya dengan nama menteri.

“Alhamdulillah, sejak diwujudkan Menu Rahmah ini sambutan sangat menggalakkan. Apatah lagi menu yang ada dibuka sesuai untuk sarapan dan makan tengah hari,” katanya.

Sambutan Yang Menggalakkan, Akan Terus Sokong Program Menu Rahmah Kerajaan

set menu rahmah

Pekerja swasta, Shazlien Adnan, 26, berkata, dia berpuas hati dengan set makanan yang ditawarkan dalam Menu Rahmah.

“Saya tahu mengenai kewujudan Menu Rahmah, tapi ini baharu kali pertama membelinya. Agak terkejut juga sebab set ditawarkan pelbagai dan kena dengan cita rasa. Saya ingatkan terhad.

“Bagi saya, dengan tawaran harga RM5 ini ia sangat berbaloi. Malah, jauh lebih jimat. Kalau sebelum ini saya berbelanja untuk satu set makanan mencecah RM10, tapi sekarang boleh buat dua kali makan. Dapat berjimat juga.

“Usaha ini pastinya memudahkan lagi golongan yang kurang berkemampuan termasuk pelajar. Jadi, harapnya ada lebih banyak lagi kedai makan yang menawarkan Menu Rahmah ini,” katanya.

Peniaga, Rahashidan Harun, 52, mengetahui mengenai Menu Rahmah daripada anaknya.

“Sebelumnya, semua kedai makan di sini harga biasa saja. Tapi, selepas anak beritahu ada kedai makan yang tawarkan Menu Rahmah, itu yang datang nak beli.

“Sebenarnya, bagus juga kerajaan memperkenalkan Menu Rahmah ini. Apatah lagi sekarang kos sara hidup pun tinggi dan ramai rakyat yang susah. Sekurang-kurangnya, menu diperkenalkan dapat membantu dan menjimatkan pengguna.

Menu Rahmah Kreatif & Ringankan Beban Ramai Orang

set menu rahmah

“Dengan tawaran set makanan RM5 bagi saya ia berbaloi. Menu pun menarik, nasi banyak dan ayam pun besar,” katanya.

Melihat kepada reaksi netizen, ramai yang memuji daya kreatif yang ditunjukkan oleh peniaga terbabit.

“Senang gini, masak satu lauk satu kawah. Satu hari satu lauk. Macam dewan makan,” kata netizen.

Min pun nanti nak pergi, nak order “Set Anthony ‘Lock’ satuuuu!”.

Sumber: Harian Metro

Baca juga: KFC & McD Dalam Perbincangan Keluarkan Menu Rahmah, Hidangan RM5 Akan Diperkenalkan Bagi Ringankan Beban

tags: |