Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Pemilik Upah 4 Pengawal Dan 6 Anjing Untuk Jaga Mangga Miyazaki Di India

Pemilik Upah 4 Pengawal Dan 6 Anjing Untuk Jaga Mangga Miyazaki Di India

Kategori: ,
upah pengawal jaga mangga miyazaki

Pemilik pokok mangga Miyazaki di India ini telah mengupah 4 orang pengawal  dan 6 ekor anjing bagi melindungi empat pohon mangga Jepun ‘Miyazaki’ yang ditanam di ladang milik mereka.

Menurut Times of India, empat pokok mangga Miyazaki yang ditanam oleh pemilik yang dikenali dengan nama Sankalp Parihar dan isterinya Rani ini dikatakan sedang berbuah di atas pokok. Disebabkan buah mangga ini merupakan suatu yang rare, ia terjual pada harga lebih Rs 21,00 (RM1,174) sebiji.

Sankalp turut memberitahu, empat tahun yang lalu dia membeli anak pokok mangga ini daripada seorang lelaki semasa dalam perjalanan menaikik kereta menuju ke Chennai pada harga Rs 2500 (RM140) sepohon.

Kerana rasa ingin tahu mengenai keistimewaan yang ada pada pokok mangga ini, Sankalp terus membeli anak pokok mangga ini tanpa berfikir panjang.

Kemudian ia ditanam dan diberi nama sebagai Damini sempena nama ibunya. Berkat nama ibunya itu, ianya tumbuh mekar dan lebih mengejutkan lagi apabila ia mengeluarjan buah mangga yang berwarna merah. Lain daripada lain. Memang rare sungguh!

Ada usahawan menawarkan harga yang tinggi

Beberapa orang usahawan dari Surat dan Mumbai mahu membelinya dengan menawarkan harga lebih RM1174 sebiji. Sejak daripada itu, dia mula mengusahakan ladang pokok mangga ini.

Bermula daripada 50 batang namun kini mereka sudah berjaya menanam 150 batang pokok mangga Miyazaki ini. Rasanya yang manis dan unik menyebabkan ianya mahal.

Menurut Sankalp, sebelum ini ada yang berniat jahat dan cuba mencuri buah mangga ini. Disebabkan oleh itulah, dia mengupah 4 orang pengawal dan 6 ekor anjing demi menjaga keselamatan ladangnya.

Malah media Jepun pernah melaporkan bahawa buah manggan Miyazaki ini pernah terjual paling mahal di dunia dengan harga RM15,100 per kilogram dalam nilai pasaran antarabangsa pada tahun lepas.

tags: