Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Peminat Drama Korea Wajib Cuba ni, ‘Bibimbap’ Korea Yang Sesuai Dengan Tekak Melayu

Peminat Drama Korea Wajib Cuba ni, ‘Bibimbap’ Korea Yang Sesuai Dengan Tekak Melayu

Kategori:
Bibimbap

Peminat Korea mesti tahu hidangan Bibimbap yang berasal dari Korea ini. Rasa penting yang ada dalam Bibimbap ini ialah sos pedas manis, masin rumpai laut, kuning telur cair dan tekstur rangup sayuran yang berkhasiat.

Bahan yang digunakan juga senang untuk didapati dan kalian boleh cuba buat sendiri di rumah kalau nak tahu rasa dia macam mana. Selamat mencuba!

Resipi Bibimbap Korea

Sayuran Bibimbap:

  • 1 timun jepun – hiris bulat dan goreng 2 minit
  • 1 lobak merah – hiris panjang dan goreng 2 minit
  • Cendawan blackfungus/shitake – rendam, hiris panjang dan goreng 2 minit
  • Bayam hijau – rebus dan tos
  • Telur ayam – goreng mata
  • Daging ayam – potong kecil memanjang, gaul bersama lada hitam dan goreng

    #Untuk mendapat aroma yang lebih, gunakan minyak bijan untuk goreng bahan di atas

Nasi bibimbap:

Gunakan beras sushi Jepun jenama Sumo. Sekiranya tiada:
  • Boleh guna beras biasa dan pastikan nasi dimasak sedikit lembut.
  • Hancurkan kepingan rumpai laut ke atas nasi. Saya beli rumpai laut panggang berperisa BBq di kedai RM2 atau 7-Eleven.

Resipi sos pedas manis:

Original menggunakan pes cili Korea Gochujang atau boleh guna sos pedas Adabi, tapi sekiranya tiada juga anda boleh ganti dengan
  • 1 genggam cili kering – basuh bersih, potong kecil dan rendam dalam air panas. Kemudian tos.
  • 2 labu bawang putih – buang kulit dan cuci bersih.

Cara-cara:

  1. Campur 2 bahan di atas ke dalam blender.
  2. Kisar sehingga hancur.
  3. Setelah dikisar, masak semula di dalam kuali sehingga kering air dan masukkan 1 sudu besar bancuhan tepung jagung. Kacau sehingga mendidih.
  4. Akhir sekali taburkan sedikit biji bijan. Sos merah siap.

Cara susunan bibimbap:

  1. Ratakan nasi bercampur rumpai laut di dalam mangkuk.
  2. Letak telur mata ke atas nasi.
  3. Susun sayuran dan ayam yg dimasak ke atas bahagian putih telur.
  4. Jangan lupa letakkan 1 sudu besar sos pedas manis.
  5. Sekiranya ada, boleh titiskan minyak bijan ke atas kuning telur. Taburkan biji bijan yg di sangai mengikut citarasa.
  6. Bibimbap siap dan sedia dimakan.

#Cara nak makan, cuma kacau kacau sahaja Bibimbap dan makan.

Kredit: Zurina Zulkefli

tags: