Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Baru Berumur 23 Tahun Tetapi Berjaya Meraih Pendapatan RM3 Juta Setahun Hasil Dari Menjual ‘Peyek’!

Baru Berumur 23 Tahun Tetapi Berjaya Meraih Pendapatan RM3 Juta Setahun Hasil Dari Menjual ‘Peyek’!

Kategori:
berjaya diusia 23 tahun

Nak kaya dan berjaya ni kita tak perlu tengok usia pun. Ada yang berumur belasan tahun dah berjaya, naik kereta besar. Ada juga yang berumur 40 tahun baru berjaya, baru dapat merasa duduk rumah mewah naik kereta besar.

Rezeki masing-masing orang katakan tapi berdasarkan apa? Berdasarkan usaha yang dilakukannya. Sama juga seperti yang dilaui oleh pemuda yang berumur 23 tahun ini.

Siapa sangka ketika usianya baru mencecah 23 tahun, sudah mampu menerima pendapatan yang lumayan hasil usaha kerasnya sendiri. Pengorbanan beliau pada usia muda ni betul-betul buat orang luar kagum dan berasa bangga.

Cuba kita perhatikan anak muda sekarang. Apa yang mereka buat? Kebanyakan hanya sibuk kejar keseronokan sahaja. Tapi berbeza pula dengan pemuda yang bernama Khairul Marzuqie ini.

Diusia yang muda ini dia terpaksa bekerja keras kerana dia menggalas tanggungjawab untuk sara kehidupan keluarga setelah ayahnya meninggal dunia. Kerana rasa tidak sanggup untuk melihat sosok seorang ibu terpaksa bangun 4.30 pagi untuk menyediakan bahan-bahan berniaga setiap hari jadi dia nekad mencari rezeki untuk mereka sekeluarga.

Pada mulanya dia hanya menjual produk orang lain tetapi kini segalanya berubah apabila dirinya telah menjadi Leader kepada Krupkrapmy Golden Salteg Egg Peyek. Lebih mengejutkan apabila dia sudah berjaya mempunyai 947 ejen di seluruh Malaysia.

Ye bukan senang ingin berjaya dan menjadi kaya. Kita terpaksa hadapi pelbagai liku dan selekoh tajam dahulu. Terpaksa merasai jerih perih kesusahan dahulu barulah berjaya. Usaha adalah tangga kejayaan. Jadi kalau kita pun nak berjaya atau lebih berjaya, kita pun perlu usaha lebih.

 

tags: