Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Diri Sendiri Cukup-Cukup Makan, Namun Pemuda Ini Tak Lokek Bantu Orang Susah

Diri Sendiri Cukup-Cukup Makan, Namun Pemuda Ini Tak Lokek Bantu Orang Susah

Kategori:
pemuda bantu orang susah

Ramai mereka yang sudah bekerja, namun masih berkira-kira dalam memberi sedikit bantuan kepada golongan yang susah dan memerlukan. Namun, ramai juga yang tidak lokek dan tidak berkira memberi bantuan orang lain walaupun diri sendiri ‘cukup-cukup makan’.

Hanya Buat Kerja Kampung

Seperti kisah seorang pemuda yang bernama Amin ini. Baru sahaja menamatkan pengajian di sebuah universiti awam yang masih belum mempunyai pekerjaan tetap. Difahamkan, buat masa sekarang Amin hanya buat kerja-kerja kampung.

Namun perkara itu tak menghalang dia untuk memberi bantuan kepada 25 keluarga miskin di sekitar kampungnya. Setiap kali ada pendapatan lebih, dia akan turun terus memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Kereta Penuh Dengan Barang

Perkara itu dikongsikan oleh seorang pemilik akaun Facebook bernama, Muhd Aman. Menerusi perkongsiannya, kelihatan pada belakang kereta Amin penuh dengan barang seperti beras.

“Tadi saya lihat belakang kereta dia penuh dengan barang-barang, saya pun tanya, banyak beli beras? Nak buat kenduri ke?” tanya Muhd Aman.

“Di kawasan sekitar kampung di hulu setiu, ada 25 keluarga yang hidup miskin. Saya beli barang keperluan dapur untuk bersedekah kepada mereka,” Jawab Amin.

https://www.facebook.com/aman.shah.7587/posts/4367891746573456?__cft__[0]=AZUafDRJ0oWVwzbKfyZ81kGQOEAa39zhckfQwwcFsXD1L3_phNR_GeoTheLaljNBoUsxnoDpxSYk-zhWNJ3mbPkey_wCh67PbYpnBeNmxkznGVQ1fF5upyXugEsTAlKlMy8&__tn__=%2CO%2CP-R

Sumber: Muhd Aman

tags: