Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Tular Video Pemuda Jual Burger ‘Homemade’ Dari Meja Ke Meja, Netizen Puji Kegigihan Cari Rezeki Halal

Tular Video Pemuda Jual Burger ‘Homemade’ Dari Meja Ke Meja, Netizen Puji Kegigihan Cari Rezeki Halal

Kategori:
pemuda jual burger homemade

Demi mencari sesuap nasi untuk meneruskan kelangsungan hidup, ramai di antara kita sanggup bekerja keras untuk meraih pendapatan.

Setiap usaha dan keringat yaang dikeluarkan adalah untuk mendapat rezeki halal bagi menampung keperluan hidup.

Seperti kisah seorang pemuda jual burger homemade yang gigih bekerja dengan berjalan dari meja ke meja menjual burger, dia mencari rezeki halal di ibu kota buat mencari rezeki.

Tular Video Pemuda Jual Burger ‘Homemade’ Dari Meja Ke Meja, Netizen Puji Kegigihan Cari Rezeki Halalpemuda jual burger homemade

Kisahnya mendapat perhatian ramai apabila video yang memaparkan kegigihannya mendapat perhatian ramai lebih-lebih lagi dalam kalangan warganet di laman TikTok.

“Jam 10 malam Burger Homemade Premium akan jual di depan Hilton Hill Hotel Jalan Raja Bot KL,” tulis kapsyen yang dimuatnaik oleh seorang netizen bernama Abg Muliadi.

Berikutan itu, kebanyakan warga maya memuji kegigihan pemuda jual burger homemade serta pendekatan sopan penjual burger berkenaan.

Malah tidak kurang juga ramai  yang mengakui pernah menjadi pelanggannya dan berkongsi ‘review’ kelazatan burger homemade yang dijual pemuda tersebut.pemuda jual burger homemade

“Pernah beli burger dia dekat Hospital Kuala Lumpur (HKL). Memang sedap! Dah lama cari abang ni. Asyik tersenyum je.”

“Sumpah sedap burger dia. Menyesal beli satu je. Harga dia memang sumpah rasa murah sangat dah.”

“Burger homemade dengan harga RM7.90 tu memang berbaloi. Patty tebal dan juicy. Sedap pula tu.”

https://www.tiktok.com/@abgmuliadi/video/7349621568152014082?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378

@abgmuliadi Tahniah anak muda, jam 1.30pagi masih gigih mencari rezeki. Bukan calang2 jual burger meja ke meja. #rajin #ramadhan2024 #raya #motivasi #burgerlover #burgerboys #hidupnikeras ♬ Sad and lonely – MoppySound

Berbaloi Dengan Harga, Memang Sedap!pemuda jual burger homemade

Itulah antara komen netizen yang teruja dan tersentuh melihat kegigihan pemuda jual burger tersebut.

Rata-rata netizen mengucapkkaan terima kasih kepada individu berkenaan malah memujinya kerana sanggup menccari penjual burger tersebut pada haro berikutnya semata-mata mahu membantu perniagaan kecilnya.

Sumber: Abg Muliadi

Baca juga: Khairul Aming Berjaya Masuk Malaysia Book of Records, Jual Produk Bernilai RM1 Juta Bawah 4 Minit

tags: |