Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Siapa Sebenarnya ‘Uncle Slocum’? Pencipta Resipi Rahsia Roti Gardenia

Siapa Sebenarnya ‘Uncle Slocum’? Pencipta Resipi Rahsia Roti Gardenia

Kategori: ,
pengasas roti gardenia

Zaman berganti zaman, jenama roti Gardenia mempunyai keunikannya yang tersendiri. Roti lain memang takkan sama dengan Gardenia yang mempunyai rasa yang sedap dan unik.

Sesuai dengan taglinenya, ‘Sungguh enak dimakan dimakan begitu saja’.

Roti ini dikatakan merupakan resepi daripada ‘Pak Cik Slocum’ atau ‘Uncle Slocum’. Pasti ramai yang tertanya-tanya siapa sebenarnya Uncle Slocuum ini kan?

Kisah Sejarah Roti Gardenia Dan Siapa Di Sebalik Jenama Ini

Roti Gardenia bermula di Sabah pada tahun 1969 dan kini roti Gardenia amat popular di Semenanjung Malaysia. Sebelum kita mengetahui sejarah penuh Gardenia, jom berkenalan terlebih dahulu dengan IESC.

IESC merupakan singkatan kepada International Executive Service Corporation yang merupakan sebuah badan pembangunan ekonomi. IESC berpusat di Amerika Syarikat dan telah diasaskan oleh David Rockefeller.

Penubuhannya adalah bertujuan untuk membangunkan firma perniagaan milik persendirian di seluruh dunia. Ia untuk membantu meningkatkan kualiti hidup masyarakat dunia.

Salah satu idea mereka adalah untuk membina dan membangunkan cabang perniagaan roti di Malaysia pada tahun 1968. Bagi memulakan hasrat tersebut, seorang tukang roti yang berpengelaman telah dihantar ke Malaysia.

Slocum tiba di Malaysia dengan dana bantuan IESC dalam memulakan perniagaannya. Di Malaysia, Slocum telah menjalinkan kerjasama dengan ahli perniagaan terkenal di Sabah iaitu Wong Tze Fatt.

Selepas itu, Slocum memanggil seorang lagi rakannya iaitu Jim Humphries iaitu merupakan seorang pakar membuat krim pastri. Jadi, pengasas asal Gardenia adalah mereka bertiga.

Resipi roti tersebut tersebut telah menjadi kekuatan utama syarikat. Selepas beberapa tahun, mereka telah berkembang dan telah membuka syarikat di Singapura yang dikenali sebagai Gardenia International Pty. Ltd.

Pada masa itu, mereka mengharapkan pembukaan syarikat di Singapura dapat membantu memperbesarkan pasaran mereka ke seluruh Asia Tenggara. Selepas 2 tahun dibangunkan di Singapura, jenama roti Gardenia ini telah berjaya memenangi hati warga Singapura.

Gardenia di Sabah & Semenanjung adalah syarikat yang berbeza

Namun ada satu perkara yang tidak jelas, apa sebenarnya sebab yang menghalang Gardenia Food Industries daripada melebarkan perniagaannya ke semenanjung Malaysia.

Pada tahun 1991, Gardenia Bakeries milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary telah membuka perniagaannya di Semenanjung Malaysia. Kalau masuk ke kawasan Shah Alam, pasti perasan kilang besar tepi lebuhraya tu kan?

Namun, Gardenia Bakeries 9KL) Sdn Bhd ini tiada hubung kait dengan Gardenia Food Industries di Sabah selain dari hanya berkongsi jenama yang sama, dibuka atas nama Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd sebagai cabang kepada pecahan perniagaan yang bermula di Singapura bagi memasuki pasaran Semenanjung Malaysia pula.

Disebabkan oleh jenama Gardenia telah berpecah dua dan kedua-dua syarikat tidak mempunyai hubung kait antara satu sama lain, kisah syarikat roti ini pasti akan menyebabkan kekeliruan.

Ada yang kata, roti Gardenia di Semenanjung lebih sedap & lembut

Ramai yang mengatakan, roti Gardenia di Semenanjung Malaysia lebih sedap dan lembut berbanding roti Gardenia di tempat asalnya. Selain itu, rangkaian produk kedua-dua syarikat juga berbeza-beza.

Kesimpulannya, tanpa Uncle Slocum kita semua takkan dapat menikmati roti yang cukup enak ini. Untuk berjaya seperti Gardenia, kita memerlukan produk atau resipi yang unik dan lain dari lain.

Selepas ini, bila makan roti Gardenia jangan lupa Uncle Slocum ya!

Sumber asal: Iluminasi, Majalah Labur

tags: