Hai korang! Korang dah tahu ke belum yang FamilyMart ada keluarkan pencuci mulut baharu! Seperti sebelum ini FamilyMart memang tak pernah mengecewakan. Mereka tahu apa yang pelanggan mahukan. Jadi mereka keluarkan pencuci mulut dengan perisa keladi cina yang sangat enak dan menyejukkan badan iaitu Bubble Cha Cha!
Pasti anda tertanya-tanya adakah ia sama dengan pencuci mulut tradisional Bubur Cha Cha, jawapannya agak sama. Tetapi ianya bukanlah potongan ubi dan sagu. Bubble Cha Cha daripada FamilyMart ini adalah bubble yang kenyal yang mereka sediakan sendiri bersama dengan keladi cina!
Walaubagaimanapun anda boleh menikmati Bubble Cha Cha seolah-olah sebagai pencuci mulut tradisional tetapi dalam bentuk berbeza. Lebih menyelerakan lagi kerana keladi cina ini diimport dari Taiwan dan pasti anda menyukainya!
Di samping itu, pencuci mulut ini datang dalam dua pilihan. Sejuk dan panas. Untuk Bubble Cha Cha panas harganya berharga RM6.90 dan sejuk RM8.90. Jadi anda boleh menikmatinya dalam dua hidangan sama ada panas atau sejuk.
Jadi tunggu apa lagi. Jom dapatkan Bubble Cha Cha di FamilyMart sekarang!