Tidak dinafikan, makan di rumah adalah lebih selesa dan selamat berbanding makan di luar. Kita boleh makan sebanyak mana yang kita mahukan dan sediakan hidangan mengikut citarasa kita sendiri. Pelbagai jenis hidangan yang disediakan setiap hari mengikut selera masing-masing.
Namun berbeza pula dengan hidangan atau menu Nasi Kandar, memandangkan menu ini lebih sedap apabila dimakan bersama dengan pelbagai jenis kuah. Oleh sebab itu, ramai yang lebih memilih untuk membeli di luar berbanding memasak sendiri.
Namun apabila makan di luar, kita perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan. Sama ada dari segi rasa dan kebersihan makanan tersebut. Orang masak tidak sama dengan cara kita masak, kadang kala akibat terlalu banyak masakan yang perlu disediakan, mereka tidak perasan akan bendasing yang masuk ke dalam makanan yang dijual kepada pelanggan.
Seperti mana yang dialami oleh seorang wanita yang dikenali dengan nama Mommy Tingtong menerusi aplikasi TikTok apabila dia menemui bendasing di dalam nasi kandar yang dimakan. Bendasing tersebut adalah seperti bulu.
Namun tidak dapat diketahui dengan jelas, bulu apakah itu. Walaubagaimanapun, penemuan bulu tersebut telah membuatkan wanita ini tiba-tiba berasa kenyang. Menerusi video yang dikongsikan itu, kelihatan bulu berkenaan berada di telapak tangannya.
Sempat menulis di dalam video berkenaan, “sudah kenyang” sambil meletakkan emoji menangis yang menggambarkan perasaannya setelah menemui bulu tersebut di dalam Nasi Kandar yang sudah separuh dimakan.
@mommytingtong BuluBulu Saddam. #fypシ #fyp #saddamnasikandar
@mommytingtong BuluBulu Saddam. #fypシ #fyp #saddamnasikandar ♬ suara asli – 🇮🇩𝐌𝐚𝐳𝐬𝐞𝐡𝐡 𝐄𝐯𝐚𝐧🦏
Ekoran video tersebut, penemuan bulu tersebut menjadi tanda tanya dalam kalangan warga TikTok, bulu apakah itu. Malah menurut Alysooraa, setahunya itu bukan bulu roma, terlalu pendek untuk rambut dan terlalu panjang untuk bulu hidung.
“Setahu aku itu bukan bulu roma, terlalu pendek untuk rambut, terlalu panjang untuk bulu hidung..”, tulis Alysooraa.
Ada juga yang meninggalkan komen bertanya apakah itu dan ada juga yang menulis, bab ini paling sensitif kalau terjumpa dalam makanan. “Bab ni paling sensitif kalau terjumpa dalam makanan” – pemilik akaun TikTok 132305.
Dalam masa yang sama, ada juga yang berasa terkejut dan seram apabila melihat bulu berkenaan ditemui dalam Nasi Kandar. “serrr aih tengok bulu tu”, komen SeSaLju DeBu.
Korang rasa apakah bendasing tersebut. Adakah itu bulu atau rambut yang ditemui dalam Nasi Kandar tersebut? Walaupun ia sekadar bulu, namun ia cukup membuatkan ramai dalam kalangan kita berasa hilang selera.
Semoga pihak kedai Nasi Kandar berkenaan lebih berhati dalam penyediaan makanan kepada pelanggan. Bab kebersihan haruslah dijaga dan dititik beratkan. Bukan sahaja soal makanan, namun begitu juga dengan cara memasak, tempat dan peralatan yang digunakan.
Sumber: TikTok mommytingtong