Pernahkah anda berada di situasi di mana makanan yang anda pesan tidak sampai atau pun tersalah sampai pesanannya. Tunggu punya tunggu tak sampai-sampai, memang menyakitkan hati. Sudahlah perut dah berkeroncong namun tiba-tiba yang sampainya makanan lain, bukan seperti yang kita pesan sebelumnya.
Sedih? Nak marah, kecewa semua ada bukan. Soal pemakanan dan kelaparan jangan dibuat main tau. Boleh mengamuk orang tersebut nanti. Bukan itu sahaja, kadangkala ada juga sesetengah peniaga yang tidak kisah soal makanan yang dijual. Ada segelintir peniaga makanan ini yang hanya bersikap sambil lewa.
Nasi tak masak pun tak apa, makanan yang disediakan tidak sedap pun tak apa. Asalkan ada yang membeli. Perkara yang lebih kurang sama berlaku kepada pengasas Dianz ini di mana dia sempat berkongsi sebuah video diaplikasi TikTok.
Menerusi video tersebut, pada mulanya Dian membeli 3 jenis nasi goreng yang berbeza. Iaitu nasi goreng cina, nasi goreng kampung dan nasi goreng ikan masin namun yang sampai sama sahaja. Ekoran itu, pengasas produk kecantikan itu berasa sangat kecewa.
Sambil menerangkan apa yang terjadi, Dian sempat menunjukkan setiap satu nasi goreng yang dibelinya. Di akhir video berkenaan, Dian sempat berkata dia sudah tidak akan order sampai kiamat dah kalau macam ni rupanya.
@dian_dianz pastu bila kedai tak laku , tkde org . cakap la kena buatan org , org buat bagai ,sendiri pelingkup bisnes sendiri
@dian_dianzpastu bila kedai tak laku , tkde org . cakap la kena buatan org , org buat bagai ,sendiri pelingkup bisnes sendiri♬ original sound – dian_dianz
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai komen dan reaksi dari warga TikTok. Selain ada yang bersetuju dengan apa yang ditulis oleh dian di ruangan caption. Ada juga yang turut menyatakan kalau waktu lapar, ditambah pula dengan duit yang cukup-cukup dapat nasi goreng macam ni memang boleh menangis.
Tidak kurang juga ada warga TikTok yang turut berkongsi pernah melalui pengalaman yang sama. Malah ada juga yang meninggalkan komen mengatakan memang banyak kedai yang buat kerja mudah seperti ini sekarang.
Memang betul, zaman sekarang memang ada segelintir peniaga yang bersikap sebegini. Lebih mengecewakan lagi adalah mereka ini kebanyakannya peniaga Melayu. Jadi kalau macam ini lah sikap dan cara mereka menjual, macam mana nak laris dan bertahan lama?
Kredit: TikTok dian_dianz