Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Pengasas Restoran Nasi Lan Kedah Meninggal Dunia

Pengasas Restoran Nasi Lan Kedah Meninggal Dunia

Kategori:

PENGASAS restoran nasi kandar Lan Kedah, Mohd Azlan Jamal dikhabarkan telah meninggal dunia pukul 10.30 malam tadi pada usia 60 tahun.

Berita tersebut diumumkan melalui Halaman Facebook Nasi Lan Kedah.

إنا لله وإنا إليه راجعون

Admin baru lepas menerima perkhabaran pemergian pengasas Nasi Lan Kedah, Encik Mohd Azlan bin Jamal ke rahmatullah sebentar tadi.

Satu kehilangan besar untuk keluarga NLK.

Allahummaghfir lahu warhamhu wa ‘afihi wa’fu ‘anhu. Semoga arwah ditempat kan dikalangan hambaNya yang beriman. Aamiin ya rabbal alamiin.

https://www.facebook.com/nasilankedah/posts/1307329139471907:0

Dalam pada itu, menurut penjelasan anak arwah, Muhammad Firdaus, arwah meninggal dunia secara mengejut akibat serangan jantung.

“Sebelum ini arwah memang tidak ada sakit jantung. Malam tadi lepas Maghrib, arwah sambut majlis hari jadi cucunya. Kemudian, arwah masuk ke bilik untuk solat Isyak.

“Sudah selesai solat semua, tiba-tiba arwah sesak nafas.

“Lepas itu saya bawaklah masuk kereta nak hantar ke hospital swasta berdekatan di Alor Setar. Ketika dalam perjalanan itulah arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir,” jelas Firdaus ketika dihubungi Siakap Keli hari ini.

Difahamkan, arwah memang tiada penyakit jantung selama ini.

Pemergian arwah adalah kerana serangan mengejut.

https://www.facebook.com/firdaus.sinuzula.75/posts/3688709477866572

Kami dari team  Daily Makan mengucapkan salam takziah kepada keluarga atas pemergian Allahyarham Hj. Mohd. Azlan Jamal.

Semoga arwah ditempatkan di kalangan roh orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah..

Sumber rujukan : Siakap Keli

tags: