Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Penggemar Tegar Laksam ‘Wajib’ Cuba Buat Sendiri, Baru Puas Hati Bila Makan

Penggemar Tegar Laksam ‘Wajib’ Cuba Buat Sendiri, Baru Puas Hati Bila Makan

Kategori:
Penggemar Tegar Laksam

Tidak dinafikan, memang ramai penggemar tegar laksam kan? Memang suka sebab sedap sangat. Sekali seumur wajib cuba buat, mana tahu bila buat sendiri lagi sedap kan? Selamat mencuba!

Penggemar Tegar Laksam ‘Wajib’ Cuba Buat Sendiri, Baru Puas Hati Bila Makan

Bahan kulit:

  • 1 paket tepung beras cap bunga teratai
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 liter air sejuk
  • 1 liter air suam panas
  • Sedikit garam

Cara-cara:

  1. Campur semua bahan-bahan dan kacau sebati. Kemudian tapiskan.
  2. Panaskan kukusan, gunakan pinggan ikea atau tudung periuk besi.
  3. Sapu sedikit minyak, tuang 1/2 adunan, kukus sehingga masak dan menggelembung.
  4. Tunggu sejuk dan boleh gulung dengan mudah jika menggunakan pinggan ikea.

Bahan kuah laksam:

  • 10 ekor ikan sardin
  • 2 cawan santan (2 santan kotak 200ml)
  • 2 biji bawang besar*
  • 5 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • Sedikit lada hitam tumbuk*
  • Garam dan gula
  • 2 keping asam keping

Cara-cara:

  1. Rebus ikan sardin dengan air yang lebih dari paras ikan.
  2. Selepas sudah rebus, asingkan isi ikan dengan tulang. (tulang jangan buang)
  3. Kisar isi ikan dengan 1 kotak santan dan air yang disukat menggunakan kotak santan.
  4. Tuangkan ke dalam periuk.
  5. Kisar tulang ikan bersama air rebusan ikan dan tapiskan, tuang ke dalam periuk.
  6. Kisar bahan bertanda (*) bersama 1 cawan air. Tuangkan ke dalam periuk.
  7. Tambah 1 lagi 1 kotak santan dan air yang disukat menggunakan kotak santan.
  8. Masak atas api sederhana sambil kacau-kacau.
  9. Masukkan asam keping dan perasakan dengan garam gula.
  10. Kacau-kacau sampai rasa kuah dan masak.

Bahan ulam:

  • Tauge
  • Kacang panjang
  • Timun
  • Bunga kantan

Bahan sambal:

  • 3 biji cili besar merah
  • 10 biji cili api/lebih
  • Sedikit belacan

Cara-cara:

  1. Tumbuk semua bahan di atas dan perasakan dengan garam gula.
  2. Selamat mencuba!

Kredit: Zura Zul

tags: