Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Penghuni Penjara Penor Menjahit Sut Perlindungan Buat Frontliners

Penghuni Penjara Penor Menjahit Sut Perlindungan Buat Frontliners

Kategori: ,

Sejak kes COVID-19 meningkat, frontliners sudah kehabisan sut pelindungan, sehingga mereka terpaksa memakai beg sampah sebagai alternatif. Mengetahui hal ini, rakyat Malaysia sedang bekerjasama untuk mencipta bekalan baru buat para frontliners. Termasuk juga penghuni di penjara Penor, Kuantan. Yang mana memanfaatkan kemahiran menjahit mereka dengan menjahit pakaian yang  amat diperlukan pada saat ini, iaitu sut pelindungan diri (PPE).

Mereka Dapat Menghasilkan 20 Suit Dalam Sehari

Awalnya, bengkel menjahit Penjara Penor digunakan untuk menghasilkan pakaian seragam. Walau bagaimanapun, mereka telah memutuskan bahawa mereka harus mengutamakan PPE buat masa sekarang. Penghuni penjara mula menjahit sejak Jumaat lepas dan mereka boleh menghasilkan lebih daripada 20 suit sehari. Suit yang sudah siap akan dihantar terus ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang yang kemudiannya akan diedarkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri. Bengkel tersebut juga tidak akan berehat pada hujung minggu supaya mereka boleh menghasilkan lebih banyak.

Masa menjahit bermula dari 9 pagi hingga 5 petang setiap hari. Semua 18 banduan ini bekerja keras untuk mengukur, memotong dan menjahit PPE. Pengarah Penjara Penor, Datuk Abu Hasan Hussain berkata beberapa kakitangan penjara telah diberi taklimat tentang bagaimana membuat PPE pada 25 Mac. Hal tersebut bagi memastikan bahawa PPE dibina dengan prosedur yang betul.

Sebagai Sumbangan Kepada Masyarakat

Sementara itu, penyelia bengkel, Sarjan Muhd Mulyadi Abd Ghani menyatakan bahawa penghuni tidak mengambil masa lama untuk memahami prosedur jahitan kerana mereka telah menguasai mesin jahit. Salah seorang penghuni, Man, 26, mengatakan bahawa ini satu-satunya sumbangan yang boleh dilakukannya untuk membantu negara yang menghadapi masalah pada masa ini. “Ia hanyalah satu sumbangan kecil, tetapi saya harap ia dapat melindungi  barisan hadapan perubatan kita,”  katanya.

Selepas negara kita jatuh setelah diuji dengan pandemik Covid-19,  kita semakin kuat berbanding sebelum ini. Mudah-mudahan, kita tidak akan melupakanjasa mereka yang membantu apabila pandemik ini berakhir nanti. Tetap berada dirumah, tetap tenang dan semoga kemelut ini berakhir dengan cepat.

Sumber : KL Foodie

 

tags: