Zaman sekarang, zaman hiburan. Rata-rata muda mudi lebih meminati penyanyi ataupun artis dari luar negara berbanding negara sendiri. Mungkin semangat, cara penyampaian dan seni yang dihasilkan membuatkan ramai dalam kalangan rakyat Malaysia lebih menggemari artis luar.
Terbaharu, viral berkenaan dengan konsert penyanyi luar negara, Bellie Eilish yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Kehadirannya pertama kali ke Malaysia membuatkan ramai peminatnya berasa teruja.
Ruang stadium dipenuhi ribuan orang dan ada yang sudah beratur seawal jam 5 pagi lagi, sedangkan konsert tersebut berlangsung pada jam 8.30 malam. Sungguh luar biasa penangan penyanyi yang terkenal dengan lagu Happier Than Ever ini.
Namun dalam kegembiraan mereka dengan persembahan hebat dari Bellie, ramai dalam kalangan pengunjung berasa tidak puas hati akan pihak pengurusan konsert tersebut. Harga tiket bagi konsert tersebut agak mahal namun pengurusannya agak teruk.
Seperti mana yang dikongsikan oleh Sarah Hamizi menerusi aplikasi TikTok, berkenaan dengan rasa kecewanya setelah botol minuman tidak dibenarkan bawa masuk. Terpaksa diletakkan di luar tercari-cari di manakah botol minumannya. Pasti ia agak merumitkan lebih-lebih lagi menurut Sarah, kedai yang tersedia di dalam sedikit sahaja.
“Botol air sendiri tak boleh bawa masuk. Katanya air ada jual dekat dalam. Lepas tu buka kedai sikit je. Nak beratur panjang nak mam.” Tulis Sarah menerusi video yang dikongsikannya.
Tambah Sarah lagi, ekoran itu dia berasa sangat haus. Yela, kedai yang buka sedikit sahaja. Orang pula ramai, nak beratur memang panjang lah. Menurut Sarah lagi, pod juga tidak dibenarkan masuk. Cuba bayangkan, kalau perlu ditinggalkan di luar dan dengan keadaan tersebut pasti sukar untuk mencarinya semula nanti.
“Jadahnya, haus weh. Pod pun kena cari sendiri punya. Cam mana nak cari do korang punya pod”
Menerusi perkongsian video tersebut, dapat dilihat banyak botol minuman di atas meja. Bukan sahaja minuman botol biasa, namun Tupperware dan botol lain juga turut kelihatan.
@sarah.hamizi Billie: 10/10 😍😍 Organiser: 4/10 🙄🙄 thankyou @BILLIE EILISH 🤍
@sarah.hamizi Billie: 10/10 😍😍 Organiser: 4/10 🙄🙄 thankyou @BILLIE EILISH ♬ original sound – See Sarra Design
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada yang menulis, dah macam basa Yasin dekat dewan rupanya. Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen menyatakan, botol air, minuman, payung, rokok, bateri pod tidak boleh bawa masuk. Takut buat kotor atau guna objek tu baling kepada selebriti.
Dalam masa yang sama, ada juga yang berseloroh menyatakan, jangan risau. Ambil je air mana-mana pun semua sudah dibacakan yassin. Ada juga yang menulis, habis lah banyak Tupperware. Kena hempuk tak bawa balik.
Ya, sepatutnya botol minuman, sebarang makanan dan alatan lain tidak dibenarkan dibawa masuk bersama-sama. Mungkin bimbang berlaku sesuatu yang tidak diingin seperti barang tersebut dibaling kepada artis yang membuat persembahan.
Walaubagaimanapun, masih banyak lagi yang perlu ditambah baik oleh pihak pengurusan kerana ramai yang mengadu akan pelbagai hal. Salah satunya adalah berkenaan dengan tiket konsert dan penyediaan tempat yang sangat jauh dari pentas.
Bayar RM500 untuk satu kepala namun hanya melihat Bellie seperti seekor semut sahaja. Semoga akan ada penambahbaikan oleh pihak pengurusan konsert tersebut selepas ini.
Sumber: TikTok sarah.hamizi