Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Bro, I’m done..” Ramai Pengusaha Kedai Makan Terpaksa Tutup Kedai, Tak Mampu…

“Bro, I’m done..” Ramai Pengusaha Kedai Makan Terpaksa Tutup Kedai, Tak Mampu…

Kategori:
Pengusaha Kedai Makan

Beberapa negeri telah dilaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung penularan virus Covid-19. Diantara negeri-negeri tersebut adalah Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Perseketuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan labuan), Melaka, Johor dan Sabah. Ekoran daripada itu, ramai peniaga dan pengusaha kedai makan mula berasa risau mengenai nasib yang bakal melanda mereka.

Ramai Pengusaha Kedai Makan Terpaksa Tutup Kedai, Tak Mampu Tanggung Kos

Ramai pengusaha kedai makan terpaksa mengambil jalan terakhir iaitu dengan menutup perniagaan yang diusahakan kerana ‘risau’ tak mampu untuk menampung kos jika perniagaan tetap diteruskan. Melalui perkongsian Facebook Page Makaner yang berkongsikan nasib yang menimpa para peniaga di pasar raya sebelum sejak PKP yang bermula semalam.

“Bagi yg belum kena atas batang hidung sendiri….”

Seronok nyer PKP. Ada segelintir yg suka PKP ni. Bagi yg belum kena atas batang hidung sendiri, sila lah bersuka ria dan bersiap-siap nak balik sambung cuti atau ‘WKP’.

Ni saya share gambar-gambar rakan-rakan yang sama-sama berniaga. Ada yg buka kedai makan, ada yg berniaga dalam mall dll. Semua gambar terkini. Yang gambar kedai mula-mula tu adalah rakan peniaga yg berjiran dengan kedai saya di KL, yang lain kosong tu dekat The Curve, Damansara dan Midvalley food court. Ada kedai member. Antara ayat yg menyayat hati dari member saya “bro, i’m done..”

Seronok ya PKP. Ni yang duduk dekat MAEPS tu pun ada jugak yg jenis suka complain sana sini. Hang ingat hang duduk dalam hotel ka atau org berlagak kayangan

Menurut Facebook Page tersebut, ada sesetengah individu dipercayai berasa seronok apabila Perdana Menteri mengumumkan PKP bakal dilaksanakan semula. Namun, tidak bagi mereka yang mempunyai perniagaan sendiri. Menerusi posting tersebut, hampir semua kedai kenalannya di Kuala Lumpur, Damansara dan Midvalley terpaksa ditutup.

Di ruangan komen, beberapa netizen turut berkongsi kisah mereka yang juga menghadapi nasib yang sama.

“Bila dengar pkp, terus diam. Sabar..”

“Semoga segala usaha kita dipermudahkan..”

tags: |