Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Saya Tabah” – Pengusaha Reda Kolam Ikan Diracun Kali Ke-21, Tanggung Kerugian Hampir RM100,000

“Saya Tabah” – Pengusaha Reda Kolam Ikan Diracun Kali Ke-21, Tanggung Kerugian Hampir RM100,000

Kategori: ,
kolam ikan diracun

“Saya hadapi dengan tabah ujian ini dan berserah kepada Allah,” kata Timbalan Pengerusi Pertubuhan Sukan Memancing Malaysia (MSO), Mohd Rizwan Abdul Rahim berhubung ratusan ikan mati dipercayai diracun di Kolam Memancing Sealion 3A, Pelabuhan Klang, di sini.

Difahamkan, perbuatan khianat oleh pihak tidak bertanggungjawab itu adalah kali ke-21 berlaku sejak MSO mengambil alih kolam berkenaan pada September 2021.

Menceritakan kejadian terbaharu pada Ahad lalu, Mohd Rizwan berkata, ia disedari kakitangannya kira-kira 8 pagi apabila melihat beberapa ikan mati dan timbul di permukaan kolam.

“Saya Tabah” – Pengusaha Reda Kolam Ikan Diracun Kali Ke-21, Tanggung Kerugian Hampir RM100,000

“Saya meminta mereka segera membuat pembersihan tapi keadaan semakin teruk apabila makin banyak ikan dalam kolam yang mati dan timbul.

“Selepas itu, kami segera menjalankan kerja rawatan kolam sehingga jam 1 pagi. Saya mendapati ikan-ikan berkenaan dipercayai dituba, lalu mengarahkan kolam ditutup sementara sehingga kerja pembersihan selesai,” katanya kepada Harian Metro.

kolam ikan diracun

Bercerita lanjut tentang kolam ikan diracun, Mohd Rizwan berkata, pasukan MSO menjalankan rawatan khas dengan membuang air kolam sedia ada bagi pembersihan menyeluruh.

Dialisis Ikan, Sah Mengandungi Racun

Katanya, beliau juga menghantar sampel air kolam berkenaan untuk dianalisis dan disahkan mengandungi racun.

“Saya tidak mahu tuduh mana-mana pihak tentang kolam ikan diracun ini, cuma yang jelas ia memang perbuatan khianat berdasarkan pengalaman kami sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, MSO menanggung kerugian hampir RM100,000 akibat kejadian itu.kolam ikan diracun

Bagaimanapun, pihaknya belum tampil membuat laporan polis kerana sedang fokus menyelesaikan masalah yang dihadapi ketika ini.

Tambahnya, kolam memancing berkenaan dijangka dapat beroperasi semula pada Jumaat ini selepas selesai operasi rawatan dan pembersihan kolam.

Sumber: Harian Metro

Baca juga: “Ayah Peniaga Burger” – Burger 1.5KG Burger Ganti Kek Kahwin, Bapa Hanya Ikut Permintaan Anak Di Hari Bahagianya

tags: |