Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Peniaga Bazar Ramadan Jual Makanan RM1, Mahu Bantu Orang Memerlukan Supaya Mampu Beli

Peniaga Bazar Ramadan Jual Makanan RM1, Mahu Bantu Orang Memerlukan Supaya Mampu Beli

Kategori:
jual makanan RM1

Ketika kebanyakan peniaga makanan di bazar Ramadan menaikkan harga jualan mereka disebabkan kos bahan mentah yang meningkat, berbeza pula bagi Nurul Nartisa Ishak, 30, yang mengambil inisiatif menjual makanan pada harga RM1.

Ibu kepada seorang cahaya mata berusia 9 tahun itu berkata, matlamat utama dia dan suami Mohd Khairil Awilee, 38, menjual pada harga sedemikian ialah bagi memberi lebih pilihan kepada pembeli dan membantu mereka yang kurang berkemampuan.

Menurutnya pengalaman berniaga nasi lemak pada hari biasa membolehkan dia bertemu dengan pelbagai lapisan masyarakat dan mendapati masih ramai lagi orang yang susah serta memerlukan.

“Dari situ saya mahu menyahut inisiatif payung Rahmah oleh kerajaan agar semua orang mampu beli dan mereka mempunyai lebih pilihan dengan nilai wang yang mereka ada.

Mahu Menyahut Inisiatif Payung Rahmah

“Sebagai contoh jika mereka ada RM10, mereka boleh beli 10 pek makanan berlainan jenis berbanding mungkin hanya dapat beli dua atau tiga jenis makanan sahaja dengan nilai itu di tempat lain,” katanya ketika ditemui di gerainya di Klebang Jaya di sini.

Nurul Nartisa berkata, antara makanan yang dijual pada harga RM1 ialah nasi berlauk seperti nasi berlauk ayam merah, ayam ‘butter’, ayam kicap, pasta, mi goreng, laksa, kerabu maggi dan 70 jenis kuih-muih, air bungkus serta pencuci mulut seperti pulut mangga, selain turut mengambil makanan daripada 25 vendor lain.

Seawal 2.30 petang, dia dan suami akan membuka gerai dengan kira-kira 1,500 hingga 2,000 pek makanan dapat dijual sampai hampir waktu berbuka setiap hari.

Wanita yang berasal dari Teluk Kumbar, Pulau Pinang itu mengakui menu RM1 itu yang mula dijual sejak hari pertama Ramadan juga sebagai tarikan kerana dia percaya jika lebih ramai orang membeli, maka lebih keuntungan dapat dijana.

“Insya-Allah jual makanan RM1 pun masih boleh untung walaupun tidak tinggi kerana yang lebih saya utamakan ialah dua matlamat tadi,” katanya.

Matlamat Utama Mahu Bantu Orang Ramai, Bukan Keuntungan Semata

Menceritakan bagaimana mula terbabit dalam perniagaan makanan, Nurul Nartisa yang berpengalaman bekerja sebagai pramusaji berkata, dia dan suami yang berasal dari Manjoi, memang berminat dalam bidang perniagaan makanan.

“Sekarang pun saya dan suami menjalankan perniagaan katering. Kami biasanya sibuk dengan tempahan katering sekitar Perak dan jika tiada tempahan kami akan berniaga nasi lemak pada sebelah pagi.

“Buat masa ini semua urusan tempahan katering saya buat di rumah tetapi kami berimpian untuk memiliki kedai dan restoran sendiri satu hari nanti,” katanya

Sumber: Harian Metro 

Baca juga: Ini 11 Masjid Di Klang Valley Sediakan Iftar Percuma Buat Semua, Bukti Rakyat Malaysia Suka Kongsi Rezeki Bersama

tags: | | |