Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Jualan Lebih Laris Ketika Banjir, Peniaga Ambil Peluang Jual Makanan & Minuman Meski Banjir Belum Surut

Jualan Lebih Laris Ketika Banjir, Peniaga Ambil Peluang Jual Makanan & Minuman Meski Banjir Belum Surut

Kategori:
peniaga ambil peluang

Seperti kebiasaannya, memang tidak dinafikan banjir besar yang berlaku pada setiap tahun di Kelantan akan ‘wajib’  melibatkan kawasan Rantau Panjang kerana ia berdekatan dengan Sungai Golok.

Dan seperti diketahui umum, Rantau Panjang merupakan tempat destinasi membeli-belah bebas cukai eksotik yang mesti dikunjungi untuk pembeli membeli-belah dari pelbagai jenis barangan, termasuklah makanan dan minuman.

Jualan Lebih Laris Ketika Banjir, Peniaga Ambil Peluang Jual Makanan & Minuman Meski Banjir Belum Surut

peniaga ambil peluang

Terbaharu, Rantau Panjang pada waktu sekarang sedang dilanda bah besar yang cukup luar biasa pada tahun ini. Tetapi ia tidak mematahkan semangat sesetengah peniaga untuk terus mencari rezeki.

Seperti dilaporkan oleh Harian Metro semalam, tinjauan menunjukkan terdapat beberapa peniaga mengambil kesempatan menjual makanan dan minuman untuk penduduk pekan ini, meskipun banjir masih belum surut.

Tinjauan semalam mendapati pekan Rantau Panjang ‘meriah’ dengan kunjungan orang ramai. Mereka mahu melihat sendiri paras air banjir di pekan berdekatan Sungai Golok itu.

Peniaga, Nur Antasha Pakarudin, 22, berkata, dia mula berniaga sejak kelmarin. Perniagaanya mendapat sambutan pendudukan berikutan tidak ramai peniaga membuka kedai makan.

“Saya memasang khemah jualan di tengah-tengah pekan dengan paras air kira-kira 0.3 meter. Bagaimanapun, saya pastikan keadaan selamat terlebih dahulu sebelum memulakan perniagaan.

“Lagipun, saya sendiri adalah anak jati pekan ini, jadi saya sudah dapat mengagak keadaan air (paras banjir) walaupun jika banjir besar yang melanda.

“Ramai pelanggan gembira kerana saya membuka gerai dan mereka sendiri mengakui agak sukar untuk mendapatkan makanan pada ketika ini,” katanya menceritakan kisah peniaga ambil peluang berniaga.

Dapat Sambutan Dari Penduduk Sebab Peniaga Lain Ramai Tutup

peniaga ambil peluang

Sementara itu, Narima Abdullah, 42, dia mengambil peluang membuka kedai dan menjual pulut ayam memandangkan sudah biasa berhadapan banjir.

“Dalam kedukaan, terselit rezeki buat saya apabila pulut ayam lebih banyak terjual ketika musim ini. Saya membuka gerai bermula 12 tengahari sehingga jualan habis sekitar 5 petang.

“Ada sahaja anggota keselamatan yang berhenti memberi nasihat supaya sentiasa peka dan berhati-hati, selain memberitahu supaya segera menutup gerai jika paras air meningkat,” katanya menceritakan peniaga ambil peluang berniaga.

Sudah Biasa Hadap Banjir…

peniaga ambil peluang

Dalam perkembangan sama, pekan Rantau Panjang ketika ini masih digenangi air dan dalam paras bahaya.

Situasi banjir di Rantau Panjang boleh disifatkan ‘kritikal’ ketika ini apabila kawasan itu hanya boleh diakses menggunakan bot dan lori seberat 20 tan sahaja.

Ia susulan Jalan Pasir Mas ke Rantau Panjang ditutup kepada semua jenis kenderaan kecuali lori seberat 20 tan selepas ia ditenggelami banjir sedalam 1 hingga 2 meter.

Mari sama-sama doakan agar mangsa banjir dipermudah urusan oleh Yang Maha Kuasa dan mereka dapat mencari rezeki seperti kebiasaannya.

Sumber: Harian Metro

Baca juga: “Walau Makan 30 Orang..”, Peniaga Terharu Dapat Pelanggan Dari Syurga, Kemas Pinggan Cawan Sendiri Walau Tak Diminta

tags: | |